Kuala Lumpur: Tawar hidangan istimewa daging buaya seludup pada harga mencecah ratusan ringgit bagi setiap hidangan.
Itu antara kegiatan pemilik sebuah restoran di Bentong, Pahang, yang diserbu sepasukan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (Perhilitan). Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan 14 anggota Jabatan Perhilitan dan anggota Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Pahang di premis itu kelmarin. Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui empat bungkus disyaki berisi daging buaya di dalam peti sejuk di premis itu.
"Pemilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan. "Individu terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Susulan itu semua daging buaya itu dirampas untuk tindakan lanjut." katanya. Sementara itu dalam satu lagi kes berasingan, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan dan merampas dua senjata senapang angin buatan sendiri di Bera, Pahang. Kadir berkata, rampasan itu dilakukan hasil rondaan OBK membabitkan anggota Perhilitan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (Vetoa). Menurutnya, operasi dilakukan di kawasan Tapak Ramsar di Tasek Bera, Pahang, kelmarin sebelum pihaknya menahan tiga suspek lelaki tempatan yang disyaki melakukan aktiviti pemburuan haram. "Ketika ditahan mereka didapati menyimpan dua ekor hidupan liar disyaki pelanduk tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia. "Turut dijumpai bersama suspek ialah dua laras senapang angin dan satu bilah pisau. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Triang, Pahang dan semua suspek serta barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya. Sementara itu dalam satu lagi serbuan di ladang sawit di Mersing, Johor, Khamis lalu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan sebelum merampas bahagian badan hidupan liar disyaki babi bodoh yang sudah dilapah. "Turut dirampas adalah bahagian kepala hidupan liar disyaki babi bodoh itu. Semua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan. Barang kes yang disita kemudian dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Mersing untuk tindakan lanjut," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bahagian badan hidupan liar disyaki babi bodoh yang sudah dilapah
edayildiz replied at 24-7-2022 06:50 PM
org melayu blh mkn x dgg boya
edee_91 replied at 24-7-2022 07:13 PM
melayu islam ke melayu kapir? @pooh_key
Thunderclouds replied at 24-7-2022 09:55 PM
Oooo..baru ku tau, bornean bearded pig = babi bodoh. New things to learn everyday. Hehehe..
liyamariska replied at 25-7-2022 12:07 AM
baru tau kewujudan babi bodoh nih...
axl_bach replied at 24-7-2022 06:37 PM
Ehh jap pening plak... Apsal xleh hidang daging buaya sampai kena seludup? Bkn skang ni buaya dh bl ...
" Pemilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan."
ADVERTISEMENT