|
NEW DELHI – Seorang ahli politik India dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam perut selepas meneguk air ‘suci’ dari sebatang sungai tercemar di Sutanpur Lodhi, lapor akhbar Metro News UK.
Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann dimasukkan ke sebuah hospital di Delhi tiga hari selepas meminum air Sungai Kali Bein pada Ahad minggu lalu. Dia meminum air dari sungai itu sempena ulang tahun ke-22 pembersihannya daripada sebarang pencemaran. Semasa lawatannya, Bhagwant mengumumkan pelancaran kempen membersihkan sungai dan longkang di seluruh negeri Punjab.
Beliau diletakkan di bawah pemerhatian oleh pasukan pakar perubatan selama dua hari sebelum dibenarkan keluar pada Khamis lepas. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.