CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Syok Berpesta Mandi Manda, Lelaki Mati Ditelan Tanah Jerlus

24-7-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3074| Komen: 16

BAITULMUQADDIS – Seorang lelaki maut disedut ke dalam lubang tanah jerlus (sinkhole) yang muncul di bawah sebuah kolam renang di Israel, lapor portal berita MailOnline.


Mangsa yang berusia 30 tahun, ditemui di hujung terowong pada kedalaman 15 meter di bawah kolam di Karmei Yosef, tengah Israel.

Perkhidmatan kecemasan yang dilengkapi kamera GoPro bertindak mendirikan struktur untuk mengelak bahagian kolam lain runtuh. Mereka menjalankan operasi menyelamat selama empat jam sebelum menemui mayat mangsa.


Foto: Mail Online

Rakaman menunjukkan detik air kolam itu disedut masuk ke dalam tanah jerlus. Ketika kejadian, lebih 50 orang berada di lokasi itu untuk menghadiri pesta mandi-manda.


Beberapa pelampung termasuk pelampung berbentuk flamingo hilang ke dalam lubang yang terbentuk di tengah kolam, manakala pengunjung bergegas melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki berusia 34 tahun yang turut diseret ke dalam lubang itu berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat keluar dan hanya mengalami cedera ringan.

Sebuah helikopter digunakan untuk mengesan tanah jerlus lain di kawasan itu.

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat kematian tersebut dan sama ada kolam itu dikendalikan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Paras air tiba-tiba surut dan sebuah lubang muncul, pusaran air berlaku dan menyedut dua orang ke dalam lubang itu,” kata seorang pengunjung kepada saluran televisyen Israel, Channel 12. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 24-7-2022 11:52 AM
Xder vid ke
Quote Nnoor2 24-7-2022 12:01 PM

[youtube]TJ2bZ7TKacI[/youtube]
Quote batmana 24-7-2022 12:18 PM
kontraktor cap ayam ni, base tapak tkde pun psg besi, takat simen aja

Quote chinta89 24-7-2022 04:42 PM
tgk kat ig td lupa page mana. takut gak weh.. hilang gtu je.
Quote sharlenetexas 24-7-2022 04:47 PM
Puaka lubang jerlus.
Quote I.K.A888990 24-7-2022 04:53 PM
seram gak tgk
Quote epal_putih 24-7-2022 04:56 PM
di telan bumi gitu jer
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2022 05:05 PM
Terowong Haikal Sulaiman tersenyum sinis
Quote any42 24-7-2022 05:15 PM
seramnya. tgh seronok2 ttiba gelap xleh nk bnafas
Quote Zaien 25-7-2022 10:02 AM

giler la... mcm tu je gone trus
Quote ladybugz 25-7-2022 10:06 AM
sekejap je keseronokn di dunia.
Quote Artemesiaa 25-7-2022 10:09 AM
Betul2 macam dalam filem mengerikan
Quote naina 25-7-2022 10:13 AM
Paling ngeri bayangan mati lemas dalam gelap. Macam kereta terjun kolam ke sungai ke parit ke. Nauzubillahi min Zalik
Quote mizruncing 25-7-2022 12:06 PM
tanah jerlus laa paling scary. ada kes kt tempat aku dlu tanah jerlus masa org lalu. eksiden teruk org tu
Quote nononcrux 25-7-2022 04:56 PM
jarang berita maut dari israel keluar..
Quote boo05 24-11-2024 09:33 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050466 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top