CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Peduli Banyak Kali Pak Guard Tegur, Selamba Buat Seks Di Ruang Legar Mahkamah

24-7-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2650| Komen: 5

Dua individu yang melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali di ruang legar mahkamah dijatuhi hukuman khidmat masyarakat selama 60 jam setiap seorang.

Kejadian yang berlaku pada 28 Jun lalu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) Mahkamah Majistret Toowoomba.

Menurut pendakwa polis Cameron Francis, pasangan itu selamba melakukan aksi tidak senonoh sebelum ditegur oleh pengawal keselamatan.

Tidak serik, mereka meneruskan aksi berkenaan selepas pengawal keselamatan berlalu dari kawasan tersebut.

Foto: Daily Star

Seorang kakitangan sukarelawan mahkamah turut menegur kelakuan mereka, namun pasangan itu sekali lagi meneruskan aksi tidak senonoh mereka sehinggalah pengawal sekali lagi datang memberikan amaran ketiga.

Pada 30 Jun, pasangan itu telah diberikan notis untuk hadir oleh polis dan mereka mengaku bersalah atas perbuatan tidak senonoh itu.

Majistret Clare Kelly menyifatkan kesalahan tersebut sebagai "tingkah laku yang keterlaluan" dan dia mengakui tidak pernah mendengar kejadian seperti itu berlaku di mahkamah. - CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 24-7-2022 11:11 AM
berita caprut.jpg
Quote hyie 24-7-2022 01:36 PM
ala2 konsep out in public sangat yachh. Tak silap dalam kategori flasher.
Quote Parit.Hilton 24-7-2022 02:05 PM
makadek replied at 24-7-2022 10:33 AM
Pak gad rahim stink ke yg tegur mmg takla deme nk dengor



hang pi thread pasal merokok tu. ada dia bagi komen berbaur lucah
Quote boo05 24-11-2024 09:32 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.591544 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top