|
Senator Datuk Ras Adiba Radzi tidak berputus asa untuk mencari bekas rakan sekerjanya, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Malam tadi, Ras ditemani beberapa kru program terbitan TV3, 999 meninjau lokasi pejabat dan studio lama TV3 di Jalan Liku, Bangsar, di sini, iaitu tempat mereka sama-sama bertugas dahulu. Ras memilih lokasi itu atas andaian Zalina mungkin datang ke tempat yang memberi makna dalam hidupnya. Difahamkan, Ras memulakan pencarian selepas Maghrib, malam tadi dan berakhir awal pagi, hari ini.
Ras menerusi Instagram turut memaklumkan dia akan menyambung usaha mencari Zalina, hari ini. Dalam hantaran sama, Ras juga mendoakan kesejahteraan Zalina yang dipanggil Zal itu. "Di mana juga awak berada, saya harap, dalam keadaan baik. Deep (Ras) nak rehat ni Zal (Zalina) dan Deep doakan Zal pun sama," tulisnya. Semalam, Ras berkongsi video ketika dia keluar melakukan pencarian di sekitar kawasan Jalan Liku, di sini.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.128034 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.