Personaliti media sosial, Coki mendedahkan pernah menjadi saksi dan melihat sendiri kanak-kanak berusia empat tahun bernama Alia didera wanita dikenali sebagai Myra Khan.
Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, dia mula mengenali wanita itu selepas menerima tawaran untuk melakukan promosi sebuah produk kosmetik. Kata Coki lagi, dia juga pernah menjadi mangsa kekerasan Myra apabila dipukul dibahagian kepala selain dimaki dengan kata-kata kesat. "Saya tinggal di rumah dia dengan beberapa pekerja lain. Rupa-rupanya, mereka juga menjadi mangsa dan tidak pernah dibayar gaji selepas beberapa bulan bekerja.
"Saya menyaksikan sendiri Alia didera Myra. Dia suap sekepal nasi besar kerana Alia tidak mahu makan. Katanya, jangan manjakan kanak-kanak itu kerana dia anak angkat. "Saya sudah mula rasa tidak sedap hati dan mengajak pekerja lain untuk keluar minum dan ternyata mereka juga adalah mangsa. "Apabila kami pulang, Myra panggil kami semua berkumpul. Dia maki hamun dan pukul kepala saya. Selepas itu saya terus keluar dari rumah tersebut," katanya kepada mStar. IG Story Coki Perbuatan dera terhadap Alia juga dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan Coki sendiri melihat keadaan anak kecil itu tidak terurus sejak pertama kali berjumpa. Sementara itu, Coki memberitahu dia dan rakan-rakannya yang turut tinggal di rumah tersebut telah mengumpul bukti kukuh dan mencari masa sesuai untuk membuat laporan polis. "Sejak mula saya nampak Alia sudah seperti tidak terurus selain ada kesan lebam pada bahagian betis. Badannya juga kurus. "Sebelum ini rakan-rakan saya yang lain menunggu masa sesuai untuk membuat laporan polis dan mereka juga cuba kumpul bukti kukuh. "Saya pula enggan buat laporan polis atas perbuatan memukul saya kerana mengganggap dia akan dapat balasan setimpal suatu hari nanti. Terbukti hari ini dia sudah ditahan polis," jelasnya yang bersedia menjadi saksi jika dipanggil pihak berkuasa bagi membela nasib kanak-kanak tersebut. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor. Mangsa merupakan kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sumber: mStar
|
Goodluckdontcry replied at 22-7-2022 11:53 PM
Aiseh.....coki MN plak ni...coklat choka choki ke? Sedap gak bila mkn dgn roti.. kehkehkeh
raihaneem replied at 23-7-2022 09:06 AM
Coki ni femes di kalangan budak sekolah.
Masa tu tahun 2020...
Saya kenai pun....kwn ank mintak to ...
Goodluckdontcry replied at 23-7-2022 01:45 PM
Ok patutla..den ni DH kategori errr tua Bangka..bdk coki ni plak..era gen zzz..mana la den nak ken ...
ADVERTISEMENT