CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dia Demam Sebelum Kawad'

22-7-2022 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6402| Komen: 18

“Sebelum itu (kawad), dia demam. Sebab itu, mata saya sentiasa fokus kepadanya.”

Itu cerita Abdul Aziz Yaakob, 60, bapa saudara kepada anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nik Mohd. Adhar Nik Ismadi, 22, yang jatuh pengsan sewaktu berada dalam perbarisan.


Perbarisan itu bersempena Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, Selangor, semalam.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Aziz berkata, sejurus melihat anaknya itu ‘tumbang,’ dia terus terus berlari ke tengah padang kawad tanpa mempedulikan sesiapa sehingga ‘terlupa’ selipar yang disarungkan juga tertanggal.


Menurutnya, semasa kawad sesi pertama, isteri Rosmawati Ismail memaklumkan Nik Mohd. Adhar mengadu kepenatan, tetapi bersemangat untuk menggalas tanggungjawab tersebut walaupun badannya sudah nampak lesu ketika itu.

“Apabila saya nampak dia pengsan ketika sesi kawad kedua. Saya terus berlari untuk mengangkat dan menahan dari belakang, takut dia ‘tumbang’ lagi.

“Bila dia kata, abah…dah boleh berdiri, saya terus meninggalkannya. Namun, sekali lagi Nik pengsan. Saya hanya mampu melihat dari jauh kerana khuatir mengganggu proses rawatan oleh pasukan perubatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Geting di sini hari ini.

Semalam, tular kisah seorang ayah yang berlari ke tengah padang kawad untuk menyelamatkan anaknya rebah sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Menceritakan hubungannya dengan Nik Mohd. Adhar, Abdul Aziz memberitahu, lelaki itu adalah anak saudaranya yang dijaga seperti anak kandung ketika berusia tiga bulan.

“Kalau orang tanya pasal Nik Mohd. Adhar, saya tidak boleh bercerita lanjut, perasaan sebak itu hadir secara tiba-tiba. Apa yang saya tahu Nik Mohd. Adhar dijaga sejak kecil dengan penuh kasih sayang sepanjang 22 tahun lalu.

“Saya tidak mahu ungkit kisah lampau asal-usulnya kerana saya takut kehilangannya…takut hatinya terguris. Kasih sayang saya tidak pernah berkurang sedikit pun,” ujarnya yang merupakan bapa kepada tujuh orang anak. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 23-7-2022 12:06 AM
Bertuahla ko dik dpt Bapa saudara yg Sgt syg ko dik..didik Dan jaga dgn baik..jarang Sgt org dpt peluang sebegini dik..sdh tentu Ada je tp rsnya nisbah yg ikhlas dgn yg hmmm..rsnya mgkin..err 30:70% (ni anggaran suka Suki hati den sajork..yg penting Kita happy..happy..happy..errr)..

So sentiasalah bersyukur dik..Dan balasla pengorbanan mereka sedaya ko dik..mcm ade forummer ckp..carilah isteri yg baik yg blh menghargai juga, supaya ko blh trs jd anak yg berbakti tanpa Bini ko muncung mulut itik dik SBB xpuas Ati..

Slps bebelan yg pjg ni den tulis walaupun ko mgkin xknl pun forum cari ni..all the best dik mengharungi kehidupan...tata..
Quote mbhcsf 23-7-2022 01:07 AM
ler demam ke? adeh...bahaya ni kot dedeman sanggup strain badan lagi, demam kene rehat..i mean bagi tahulah ketua perbarisan and sesiapa , tak ke mudharat demam2 pun pi kawad, anyways  bless the  dad sebab ambik pedulik sampai tahap tu...
Quote Adrif 23-7-2022 01:35 AM
Menceritakan hubungannya dengan Nik Mohd. Adhar, Abdul Aziz memberitahu, lelaki itu adalah anak saudaranya yang dijaga seperti anak kandung ketika berusia tiga bulan.

“Kalau orang tanya pasal Nik Mohd. Adhar, saya tidak boleh bercerita lanjut, perasaan sebak itu hadir secara tiba-tiba. Apa yang saya tahu Nik Mohd. Adhar dijaga sejak kecil dengan penuh kasih sayang sepanjang 22 tahun lalu.

“Saya tidak mahu ungkit kisah lampau asal-usulnya kerana saya takut kehilangannya…takut hatinya terguris. Kasih sayang saya tidak pernah berkurang sedikit pun,” ujarnya yang merupakan bapa kepada tujuh orang anak.


mohon betulkan kalau I salah faham.
abah dia tu, pakcik dia eh? tapi dijaga sejak lahir
Quote Rachel_Green 23-7-2022 09:02 AM
air mata iolls yg meleleh baca..
Quote ladybugz 23-7-2022 09:09 AM
so jgn pukul rata utk org yg menjaga bukan anak kandungnya x sama dgn parents kandung. ada yang jaga jauh lebih baik dari yang kandung. semoga Allah memberi pahala berganda2 pada pakcik.
Quote spankee_fili 23-7-2022 09:10 AM
Uih dah jaga sejak 3 bulan memang macam anak sendiri la..
Nampak macam orang yg baik-baik dorang ni
Quote raihaneem 23-7-2022 09:12 AM
Sedih...sebak..
Semoga sntiasa dlm kesihatan yg baik dimurahkan rezeki dgn keberkatan..adik ni serta keluarganyaa..ameen..
Quote tikusmontok 23-7-2022 09:47 AM
Adrif replied at 23-7-2022 01:35 AM
mohon betulkan kalau I salah faham.
abah dia tu, pakcik dia eh? tapi dijaga sejak lahir

PT3 lulus tak?
Quote Decaffeinated 23-7-2022 10:35 AM
Harap ini bukan damage control ya. Pocit memang dah dapat banyak pujian. Kesian pulak anak tu. Viral ni tak boleh diundur.
Quote aina_shaira 23-7-2022 10:41 AM
Umur budak ni 22 tahun, ni consider keje kerajaan ke berkawad bagai ni
Quote Mini.Me 23-7-2022 05:06 PM
aina_shaira: Umur budak ni 22 tahun, ni con ...


Ya...tamat latihan kpdnhep
Quote gideoncross 24-7-2022 04:26 AM
Klau tang llaki dlm negeri Melesia, smua jdi pujian.
Quote Adrif 24-7-2022 10:23 AM

pakai dadu bang  
Quote tikusmontok 24-7-2022 01:56 PM
Adrif replied at 24-7-2022 10:23 AM
pakai dadu bang

Ko paham soalan tak?
Quote azahan 24-7-2022 02:17 PM
Goodluckdontcry replied at 23-7-2022 12:06 AM
Bertuahla ko dik dpt Bapa saudara yg Sgt syg ko dik..didik Dan jaga dgn baik..jarang Sgt org dpt pel ...

Apa merapu labu
Quote doubleA 25-7-2022 01:02 PM
Baru tengok video viral tu, menitik gak air mata. Bagusnya pakcik
Quote tumpanglalu74 25-7-2022 07:31 PM
selangor.jpg
Quote boo05 24-11-2024 09:29 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.207335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top