Satu tuntutan mahkamah mendakwa pengambilan sejenis gula-gula berwarna mungkin membawa kesan sampingan buruk kepada kesihatan manusia.
Lapor Metro, Jenile Thames memfailkan saman terhadap syarikat makanan ringan, Mars yang mengeluarkan gula-gula berwarna Skittles dengan mendakwa gula-gula terbabit `tidak sesuai untuk dimakan’. Katanya, ini kerana ia mengandungi kesan bahan kimia yang dikenali sebagai titanium dioksida. Thames mengetuai tuntutan saman itu di California yang mendakwa syarikat makanan ringan tersebut gagal memberi amaran secukupnya kepada pelanggan mengenai kehadiran bahan kimia tersebut.
Malah, syarikat itu turut didakwa melakukan penipuan dan kegagalan bertindak. Titanium dioksida atau TiO2 merupakan bahan pewarna yang biasa digunakan dalam konfeksioneri serta barang lain seperti kek, lilin, ubat gigi dan cat. Sebelum ini, penggubal undang-undang Eropah mengharamkan penggunaan TiO2 sebagai bahan tambahan makanan pada Mac lalu dan larangan akan itu berkuatkuasa pada Ogos. Larangan itu dibuat selepas wujudnya kebimbangan ia mungkin mengakibatkan genotoksisiti, kerosakan pada DNA yang kebarangkalian menyebabkan kanser. Pada 2016, Mars menyatakan pihaknya akan menghapuskan semua pewarna buatan termasuk TiO2 secara berperingkat dalam tempoh lima tahun namun tuntutan mahkamah memaklumkan syarikat itu gagal mematuhi janji tersebut. Menjawab kepada tuntutan saman itu, Mars memaklumkan Skittles dihasilkan dengan mematuhi semua peraturan dibawah Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS). Sumber: Utusan
|
glump replied at 24-7-2022 02:17 PM
Tengok org kuih,kek semua makanan meriah dengan kaler tulah yg viral..laku keras katanya...kek pelan ...
sharlenetexas replied at 22-7-2022 11:58 PM
Skittles sama taraf gula2 kedai rm2 ke?
Nnoor2 replied at 24-7-2022 02:51 PM
Sejak anak akak lahir 21 tahun dulu sampai sekarang x pernah akak bg dia gula2...mmg akak sendiri da ...
sharlenetexas replied at 22-7-2022 11:58 PM
Skittles sama taraf gula2 kedai rm2 ke?
Tinot7 replied at 22-5-2024 05:17 PM
Skittles mahai lagi rasanya
sharlenetexas replied at 22-5-2024 07:15 PM
Mahal tapi mahal murah sama2 ada risiko kanser.
ADVERTISEMENT