CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nilai Kekayaan Shila Amzah Asd50 Juta? 'Hisy, Mustahillah!'

22-7-2022 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6540| Komen: 38

Pernah mencipta kemasyhuran sebagai penghibur di negara Tembok Besar China, terutama ketika era pra-pandemik Covid-19, penyanyi Shila Amzah menafikan nilai kekayaannya mencecah AS$50 juta (RM222 juta).


Menerusi satu sesi soal jawab Instastory, pemilik nama lengkap, Nur Shahila Amir Amzah ditanya seorang peminat soalan rawak berbunyi: “Betul ke Sha, anda punya net worth (nilai kekayaan) berjumlah AS$50 juta?”


IG Shila

Jawab pelantun lagu Patah Seribu itu: “Ish, mustahillah (tertawa sambil menyertakan emoji muka dengan air mata kegembiraan).”

Untuk rekod, pada 2012, Shila pernah pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China dengan hadiah kemenangan berjumlah RM2.5juta.


Sejak itu, namanya sebagai seorang penyanyi terus mengharum bukan sahaja di China bahkan di negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Australia dan Taiwan.

Pernah juga timbul laporan media mengatakan, kekayaannya bernilai lebih AS$50 juta pada 2016.

Pada waktu kemuncak kariernya sebagai penyanyi, dikatakan Shila dibayar RM25,000 untuk 30 minit persembahan pada tahun 2012.

Sementara itu, menjawab pertanyaan sama ada pernah terlintas dalam fikirannya untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya tidak perlu terlalu bekerja keras, Shila mempunyai pandangan tersendiri.

Katanya, kerja keras perlu lahir daripada diri sendiri untuk mencapai apa jua kejayaan dalam kehidupan.


Sewaktu zaman popularitinya, Shila Amzah dikatakan pernah dibayar sebanyak RM25,000 untuk 30 minit persembahan.

“Kalau boleh, saya tak nak fikir sangat apa yang lelaki itu ada. Saya kena kaya sendiri. Apa-apa pun, yang paling penting memang saya suka kerja keras untuk diri sendiri dan keluarga.

“Siapa pun bakal (suami) selepas ini, saya tak pernah letak syarat yang dia harus kaya, harus rajin,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_perfect 22-7-2022 07:39 PM
Wartawan pun tulis 'sewaktu zaman popularitinya', maksudnya sekarang dah sendu...
Quote LadyCarefree 22-7-2022 08:02 PM
Merepek je. Beli rumah kat cyber pon loan kan?
Quote Pak.dolla 22-7-2022 08:04 PM
.
Sejak dah berbaik dgn reputz...asyik cerita dia jer...nak lawan lembaga ker?
Quote Lagubestbest 22-7-2022 08:08 PM
tour kat prc kemain lama takkan takleh banyak tu?
Quote sleepandream 22-7-2022 08:24 PM
5 juta usd pun tak kot...
5 juta RM yes....
Quote makadek 22-7-2022 08:37 PM
Asal dia balik MY eh
Quote LembingDayanti 22-7-2022 08:40 PM
kita kenal team lama dia. membuhung je semua ni
Quote I.K.A888990 22-7-2022 09:07 PM
agak kakau dia stay and teruskan tembus pasaran china tu tah2 lagi meletop agaknya eh
Quote KBW2 22-7-2022 09:10 PM
Orang Malaysia sembang ratus-ratus juta jah sekarang umpama retis Holiwud.
Quote Nham22 22-7-2022 09:16 PM
LembingDayanti replied at 22-7-2022 08:40 PM
kita kenal team lama dia. membuhung je semua ni

Cer story... Die nyanyi sampai ke china tu sendiri kuarkam budget atau ade sape2x cuci duit gune die...
Quote Nham22 22-7-2022 09:16 PM
makadek replied at 22-7-2022 08:37 PM
Asal dia balik MY eh

Nak tawen... Nak tawen... Nak tawen...
Quote sharlenetexas 22-7-2022 11:36 PM
makadek replied at 22-7-2022 08:37 PM
Asal dia balik MY eh

Polisi china zero covid kot.


Quote sora13 23-7-2022 12:12 AM

Katanya dia ada komen pasal something yang buruk berkaitan dengan negara China, so kena bashed dekat Weibo dan popularity pun jatuh. Entertainment company sana kan very cutthroat, so nyah kau dari sini, lebih kurang gitulah citernya.

Quote gekkou 23-7-2022 12:15 AM
sila jaga pemakanan dan kesihatan
huduh betul style dan badan dia now
walaupun ada bakat
penampilan itu penting
Quote Minyakyuyi 23-7-2022 12:25 AM
gekkou replied at 23-7-2022 12:15 AM
sila jaga pemakanan dan kesihatan
huduh betul style dan badan dia now
walaupun ada bakat

iklan kt utube mesin urut tu amboi gegar yach shila dlm tu
Quote Rogue98 23-7-2022 12:41 AM
Patutnye kaya raya dah dia ni. Dia ni education sampai SPM jer kan. That's why kena ada at least degree untuk latih otak kita untuk berfikir dgn bijak. Ni kau asik hafal lagu n fikir pasal jantan.
Quote syidasaleh 23-7-2022 12:49 AM
Begitu harus rajin. Hat lama tu malaih tahap baloq liat ka?
Quote asimilasi 23-7-2022 12:53 AM
Asyik fikir pasal jantan & cinta cintun kat insta.. naik nyampah plak bila baca.. sepatutnya nama dh naik semula.. fokus karier.. compare artis perempuan yg lain.. even yg single pun x gatal camni.. ni mmg gatal semacam…
Quote Heydidle 23-7-2022 01:03 AM
I.K.A888990 replied at 22-7-2022 09:07 PM
agak kakau dia stay and teruskan tembus pasaran china tu tah2 lagi meletop agaknya eh

Dia stop sbb pandemic atau sblm tu lg ?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top