Oleh : Dean BZ
Sumber foto : Reuters
Krisis penurunan matawang hangat diperkatakan kebelakangan ini diseluruh dunia. Turut terkesan hebat adalah matawang Ringgit Malaysia yang mengalami kejatuhan pada paras terendah.
Ketua Penyelidik Mata Wang BNY Mellon, Simon Derrick berkata, penurunan tersebut dilihat usaha China untuk mendapatkan kembali kelebihan daya saing dalam pasaran antarabangsa. “Sekiranya kita mempunyai mata wang yang bergerak secara lebih bebas tidak mengapa, tetapi bagaimana jika ia memberikan tindak balas yang negatif, ia akan mencetuskan perang mata wang,” katanya. Menurut Pakar Strategi Kanan Monex pula, Masafumi Yamamoto berkata, bimbang dengan kelembapan ekonomi, penilaian semula yuan merupakan tindakan yang belum pernah diambil oleh China selepas melaksanakan dasar kewangan, fiskal dan ekuiti. “Penurunan nilai yuan mungkin tidak berakhir di sini. Mata wang seperti dolar Singapura, Won Korea dan dolar Taiwan yang bersaing dengan China, turut jatuh dan langkah hari ini mungkin menandakan bermulanya perang penurunan mata wang,” katanya. Nilai sesuatu matawang ditentukan oleh keadaan permintaan dan penawarannya di dalam pasaran, sama seperti barangan lain. - CARI Infonet
|
7
Bagus |
10
Marah |
17
Terkejut |
27
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rashiman replied at 12-8-2015 06:48 PM
ada baik jugak....matawang jatuh....
ADVERTISEMENT