CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teruskan Bisnes, Ibu Tiri Menangis Dan Rasa Down Rindu Arwah Siti Sarah

22-7-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3953| Komen: 26

Pemergian Allahyarham, SIti Sarah Raissuddin hampir setahun lalu nyata masih membuatkan ramai masih merindui arwah termasuk ibu tiri Allahyarham iaitu, Siti Fatimah Suberi yang kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan milik arwah.


Siti Fatimah, 35, atau mesra disapa Makde berkata, perasaan tersebut akan tiba-tiba muncul di sela waktu.

“Kadangkala kalau teringat, tak semana-mana boleh menangis. Ada ketika bila rasa ‘down’, akan ingatkan dia. Iyalah, semua benda kami lakukan bersama.

“Bukan sahaja sebagai satu keluarga, tapi juga sebagai teman bicara tempat meluahkan apa sahaja.

“Hampir setahun dia tinggalkan kita semua, namun sampai hari ini perasaan rindu itu tidak boleh saya ungkap dengan kata-kata,” katanya.


Foto: Utusan

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.

Makde bagaimanapun perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama arwah sebelum ini.

“Kalau boleh saya kongsi, pada awal arwah pergi, jualan naik mendadak. Sehingga tudung dan pakaian Muslimah dalam gudang habis terjual.

“Kemudian kami lakukan beberapa strategi promosi lain seperti mengunakan khidmat Anzalna. Sedikit demi sedikit saya juga mulai ke depan untuk sama-sama menaikkan jenama ini.

“Saya percaya kepada proses penjenamaan itu sendiri. Alhamdulillah, progres yang baik dari semasa ke semasa. Ya, kami sedar arwah penggerak utama dalam Loveta dan Ratasya Cosmetics.

“Namun besar harapan dan doa kami agar legasi yang diusahakan Allahyarham akan terus berjalan dengan baik hasil sokongan semua, insya-Allah,” katanya.

Pada masa sama, Makde bertuah kerana mempunyai ‘team’ yang komited dan berdedikasi.

“Sejak dahulu kami tekankan soal kualiti hingga kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Kebaikannya disampaikan dari mulut ke mulut.

“Jadi permintaan itu ada dan kami cuba teruskan untuk berikan yang terbaik.

“Suami (bapa Sarah) dan Shuib pun ada kongsi idea juga. Jadi sistem sokongan dari mereka yang terdekat turut sama membantu, syukur,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 22-7-2022 02:05 PM
taknak kalah ye, udah-udah ler tu menggunakan kematian arwah
Quote makadek 22-7-2022 02:14 PM
Tak penat ke tonggeng
Quote uori 22-7-2022 02:16 PM
IG arwah tu patut ditutup je, tapi biar seadanya
Quote mrsLucky 22-7-2022 02:20 PM
Please la... rasa mual bila mil using late Sarah name to sell products. Cukup2 lah. So annoying
Quote AshkieLa 22-7-2022 02:45 PM
org dah meninggal pun nak tunggang
selagi boleh jana untuk kesenangan duniawi... yihhhh
Quote prince_marhaen 22-7-2022 02:46 PM
pastu? netizen kena turut sambung meratap ke demi nak jual barang kau? dah lah IG SS buat macam IG sendiri semua benda nak upload... bagus kau pergi susukan laki kau tu yang banyak kes amang seksual tu..
Quote missyL 22-7-2022 03:27 PM
Kesian nye arwah..
Laki cmtu
Mak tiri cm nie plk.
Semoga arwah tenang di Sane
Quote aemon 22-7-2022 03:30 PM
over je kau.padahal dah gelabah teks dgn gosip soeb dgn zara zya. soeb kawin je abis merempat korang
Quote AnnaSendin 22-7-2022 03:33 PM
Semua menonggeng kematian arwah. Cukup2lah tuew, move on lah acik oii.
Quote armin 23-7-2022 04:37 PM
bisnes tu atas nama arwah ke? kira mak tiri dia manage je la kan. dapat untung ke gaji? ke terus jadi mak tiri dia punya company sekarang? mesti sales dah sendu tu yang keluar berita tu nak tonggeng2
Quote ashilalat 23-7-2022 05:55 PM
Kesiannya arwah sarah.

Laki tonggang nama dia.
Bapak tonggang nama dia.
Kawan retis mcm misha donat tonggang nama dia.
Ni mak tiri plak tonggang nama dia.

Next sape pulak? Jiran sebelah umah arwah pulak?
Quote asfaz 23-7-2022 06:02 PM
Strategi pemasaran tu menunggang kematian arwah? Tak hbs2 kau dgn soeb tu.  Ni dah senyap sikit mula la petik lagi nama arwah. Kalau tak petik tak buat content ,jualan tak masyukkk ke?
Quote ezacbee 23-7-2022 06:05 PM
asfaz replied at 23-7-2022 06:02 PM
Strategi pemasaran tu menunggang kematian arwah? Tak hbs2 kau dgn soeb tu.  Ni dah senyap sikit mula ...

Pesaing banyak sekarang ni. Biz merundum tu. Kena up story sedey.
Quote asfaz 23-7-2022 06:11 PM
ezacbee replied at 23-7-2022 06:05 PM
Pesaing banyak sekarang ni. Biz merundum tu. Kena up story sedey.

Ready ualls lepas ni up pulak anak2 nangis . Bapak nangis ulang balik laki tak lalu makan
Quote zuriey 23-7-2022 06:15 PM
Dia masih duduk rmh soeb ke
Quote Goodluckdontcry 24-7-2022 01:17 AM
Xabis2 lagi?? Mmm marilah den nyanyi lagu ni  lagi.. cukup cukup Sudah.. cukup sampai disini saja.. dah2 la Tu dik oiii.... enough is enough..ewahh gittew
Quote Aneem 24-7-2022 04:21 AM
Kenapa tak cerita jugak yg kau dulu pttnya jadi kak ipau arwah tp tak jadi?
Sanggup pulak tu kawin ngan org tua. Puuii
Quote KBW2 24-7-2022 01:07 PM
Nak ngeja sat. Ba alif ba, ba ya bi. BABI.
Quote ReginaGeorge 24-7-2022 01:10 PM
Tak sabar tgk soeb kawen baru sbb nak tgk manusia berdua ni berhambus.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037010 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top