SHAH ALAM – Polis kini mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian rumah bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, di Seksyen 3 di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini bagi membolehkan keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan kehilangan wanita tersebut. “Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian itu yang mungkin boleh membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, seorang pemilik pusat tahfiz, Mohammad Bokhari Sharif, 76, yang mengoperasikan tahfiz bersebelahan rumah Zalina itu mendakwa bahawa terdapat kerja-kerja pengubahsuaian terhadap rumah tersebut pada tahun 2019.
Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut terbengkalai beberapa bulan sebelum Zalina hilang. Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Iqbal menegaskan pihaknya telah merakam keterangan daripada enam ahli keluarga bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya Zalina itu. “Enam ahli keluarga telah direkodkan keterangan selepas laporan polis dibuat (pada 29 November tahun lalu),” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Acikgomen replied at 22-7-2022 05:08 AM
Yg acik heran, lepas report polis kehilangan zalina taun lepas, awat pulak yg kuarge dia biaq je rum ...
dua_chzy replied at 22-7-2022 01:09 PM
Jaga aib tanak heboh2.
Acikgomen replied at 22-7-2022 05:12 AM
Taknak heboh2 jaga aib tu acik paham. Tapi dah kenape ko buat rumah mak ko mcm rumah tinggal tak b ...
Acikgomen replied at 22-7-2022 01:12 PM
Taknak heboh2 jaga aib tu acik paham. Tapi dah kenape ko buat rumah mak ko mcm rumah tinggal tak b ...
edayildiz replied at 22-7-2022 01:40 PM
nape mcm tua bethol muka dia dr usia...mcm scary pulak senyuman dia..pdhl baya mak i jer ni..tp mak ...
Acikgomen replied at 22-7-2022 01:08 PM
Yg acik heran, lepas report polis kehilangan zalina taun lepas, awat pulak yg kuarge dia biaq je rum ...
pittjie replied at 22-7-2022 01:45 PM
1st anak tu tak duduk dgn dia rasanya lepas zarina & 1st husband bercerai. so mmg tak close sgt ku ...
Acikgomen replied at 22-7-2022 01:45 PM
Maunye tak scary kalo dah dibiaq mcmtu nak dkt setaun
hanihan16 replied at 22-7-2022 02:17 PM
so sepanjang 8 bulan yg katanya menyiasat sampai jumpa jalan buntu baru decide buat hebahan tu, tak ...
seri_mawr replied at 22-7-2022 03:15 PM
gamabr tudung kuning tu gamabr latest zarina ke..?
awat lain benar ruper nya...udah gaya mcm makci ...
jazaa100 replied at 22-7-2022 03:30 PM
Yg tudung kuning tu org speku ZA....tapi polis kata tudung kuning tu geladangan
edayildiz replied at 22-7-2022 02:04 PM
tp bkn sebab terbiar mmg umah tu punya design misteri
ADVERTISEMENT