CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nelydia Senrose Puji Suami, Tak Pernah Berkira Memberi Yang Terbaik Demi Jalan Allah

22-7-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2861| Komen: 13

Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur dan bahagia atas keikhlasan serta pengorbanan suaminya, Mohd Hafez Halimi dalam memimpin ke jalan Allah.

Titipan tersebut dikongsikan pelakon itu menerusi akaun Instagram miliknya beserta beberapa keping gambar kenangan ketika mengerjakan ibadah haji, wukuf di tanah Arafah.

Foto: IG

“Syurgaku…terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburanmu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasanmu untuk ke jalan Allah sangat ku kagumi.

“Dia (suami) tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang.


“Dialah sebaik-baik rezeki buatku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurga-Nya,” tulisnya.



Dalam hantaran sama, Nelydia merakamkan penghargaan kerana berpeluang menjadi tetamu Allah dan berharap umat Islam lain turut diundang sama bagi mereka yang sudah lama menanti.

Menjengah di ruangan komen, Hafez tampil membalas coretan tulus isterisnya.



“Ya Allah, perkara ini juga tidak akan berlaku tanpa doamu juga sayang. Terima kasih kerana menjadi isteri yang baik. Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya dari Allah,” komen Hafez.



Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 22-7-2022 01:34 PM
cantikkkk.
nice couple...
Quote azimodin 22-7-2022 02:03 PM
Cantik dia ni. Walaupon orang kata uqasha macam barbie, i rasa nely nampak lebih manis
Quote lasagna 22-7-2022 02:05 PM
alhamdulillah.. bila dah hajah ni lagi org perati.
so senjap kejap laa cite tudung terbang di Bali tu ek? Husnuzon.
Quote wolfheart 22-7-2022 02:11 PM
Kekdg baca org puji² sgt suami/isteri kat socmed rasa risau pulak sbb byk sgt terjadi yg loving couple kat socmed tu berlakon je rupanya. Apa pun, semoga nely dan suami kekal bahagia ke hujung nyawa dan cpt² dpt zuriat. Nak nengok nely berlakon dgn bamtah lagi lepas ni tapi jgn sampai terbang² nak bg pelempang.
Quote uori 22-7-2022 02:14 PM
wolfheart replied at 22-7-2022 02:11 PM
Kekdg baca org puji² sgt suami/isteri kat socmed rasa risau pulak sbb byk sgt terjadi yg loving cou ...

selalunya gitulah, macam try hard nak tunjuk. tapi lain orang lain caranya kot
Quote kiah_mai_pulak 22-7-2022 02:24 PM
azimodin replied at 22-7-2022 02:03 PM
Cantik dia ni. Walaupon orang kata uqasha macam barbie, i rasa nely nampak lebih manis

uqasha tu nampak terlebih renovate, nely ni nmpk natural lagi
Quote Kepot 22-7-2022 02:57 PM
nelly ni mmg muka soft lawa je.
mkua ori tak mcm kakak doa alter sampai dh bersegi idung mulut pun mcm keras je.
Quote keys 22-7-2022 03:24 PM
Sape lagi nak puji?
Quote missyL 22-7-2022 04:54 PM
Cantik nye die
Quote winky1 12-8-2022 07:38 PM
Better daripada lajah yg purdah asyik raba
Quote moonela 12-8-2022 09:17 PM
Realitinya macam tu lah.. Yang puji² dan indah  di media social hakikatnya sebaliknya.. Based on my observation...

Too early to say..
Quote samshik 12-8-2022 09:34 PM
Dpt hubby kaya..  Nmpk wangi jaa..  Jahudi bungkus dpt bini xbp nk guna..  Muke kaya pun jd semekin naw nengok..
Quote Incanto 13-8-2022 10:13 AM
sweet sangat nely

dia pergi haji sama pakej dgn geng T20..semua yg lain tua  tp glamer juga wpun bukan selebriti

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065483 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top