CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Wanita Rambut Pink Dera Budak, Pukul Kepala Dan Leher Guna Batang Penyapu

22-7-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12983| Komen: 158

Rakaman tular memaparkan seorang kanak-kanak yang didera seorang wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi menerusi TikTok dan Instagram pada Jumaat pagi, wanita itu bertindak memukul kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebatang penyapu.

Foto: TikTok

Wanita itu turut meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

"Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil. Justice for Alia, shame on you," tulis pemilik akaun The Aqil 7.

Menurut Aqil, dia merupakan pemilik video itu dan kini sedang berada di balai polis untuk tindakan selanjutnya.




"Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti laporan polis. Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.

"Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.

"Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia," ujar Aqil di Instagram Story.



Menerusi komen di posting Instagram, Aqil berkata wanita itu merupakan ibu angkat kepada Alia yang baru sahaja menjaganya dalam tempoh kurang setahun.

Video itu meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Instagram.

"Kenapa tak ada yang tolong weh. Tak ada ke yang berani selamatkan budak tu?

"Kurang ajarlah perempuan ni. Ingat duit boleh buat segalanya. Tolong la yang ada kuasa ambil tindakan.

"Kau sabar la orang tua, melingkup kat dalam kena balasan nanti," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 22-7-2022 11:04 AM
anak tiri ke tu?
wonder kalo tu anak sendiri
Quote mizruncing 22-7-2022 11:06 AM
sapa yg record tu?? hurmmm
Quote alaa 22-7-2022 11:57 AM
i kenotttt... why la why... kesiannyaaa
Quote mamajawie 22-7-2022 11:59 AM
lahanat punya orang tua..budak tu tengah makan kot agak2 la nak pukul skalipun..ni pakai penyapu tau tak penyapu tu bawak sial??
Quote ShyDoll 22-7-2022 12:05 PM
Geram pulak tengok. Rasa macam nak hambat penyapu tu bantai balik pompuan tu. Anak dia ke anak sapa tu? ke spesis bainun jugak ni?
Quote kechikchomel 22-7-2022 12:22 PM
Edited by kechikchomel at 22-7-2022 12:23 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/863938/diseksa-kerana-enggan-makan-nasi

Orang yg sama ke ni?
Aqil ni yg merakam kan? Aqil ni siapa dgn pendera ni?
Quote ina_na 22-7-2022 12:28 PM
X sanggup nk tgk..tangkap dan dera dia blk la..kesian tau..trauma jdnye budak tu..aku dl ms kecik kn dera..sampai beso trauma nye..
Quote eLiaD 22-7-2022 12:33 PM
kak long ii forum ade tiktok ac x?
takkk??
lemahhhh!
go to acc tiktok@bossbabemkhan

RiP
Quote Friska 22-7-2022 12:35 PM
Edited by Friska at 22-7-2022 03:04 PM

Aduh, jantungan saya nonton bideonya. Tega banget mukul anak kecil.

[fbvlink]https://www.facebook.com/100001673222451/videos/pcb.5294624857269903/794963398353299[/fbvlink]
[fbvlink]https://www.facebook.com/100001673222451/videos/pcb.5294624857269903/1063272664589544[/fbvlink]
[fbvlink]https://www.facebook.com/100001673222451/videos/pcb.5294624857269903/388156993415497[/fbvlink]
[fbvlink]https://www.facebook.com/100001673222451/videos/pcb.5294624857269903/1254141618660142[/fbvlink]
[fbvlink]https://www.facebook.com/100001673222451/videos/pcb.5294624857269903/1189161405196173[/fbvlink]
Quote white_musk 22-7-2022 12:50 PM
Jikalau tidak suka mengapa membelanya?

Bagi saja pada akak... pasti budak itu seromok kerana akak ni berjiwa penyayang
Quote Babai 22-7-2022 12:58 PM
Dah kena tangkap ke gemok babi jahat tu,?
Quote rainbowrainz 22-7-2022 01:16 PM
Iols tak sanggup klik vid tu .mohon acik ni mereput yachhhhh
Quote Friska 22-7-2022 01:18 PM
Edited by Friska at 22-7-2022 03:01 PM

Makin sakit hati saya!!!!!

Kanak-kanak dipukul kerana tidak suka makan nasi
Oleh MASZUREEN HADZMAN
22 Julai 2022, 12:19 pm

PETALING JAYA: Hanya kerana tidak suka makan nasi, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun teruk dipukul oleh ibu angkatnya dalam kejadian di Taman Perumahan di Beranang, dekat sini.

Tindakan wanita yang memaksa mangsa untuk menelan nasi sehingga termuntah itu bagaimana terbongkar selepas video berdurasi 28 saat tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, wanita berkenaan bagaimanapun telah ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi bersama-sama seorang lelaki warga Singapura.

Kata beliau, penahanan itu dibuat selepas satu laporan polis dibuat seorang individu kira-kira pukul 12.14 tengah malam tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 18 Julai lalu dan mangsa ini dikatakan seorang kanak-kanak hyper-aktif.

Mangsa merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahiran kanak-kanak ini tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Zaid, mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak bulan April lalu kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Namun, mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api.

“Justeru itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 28 hingga 30an ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001,” jelasnya.

Tambah Mohd.Zaid, mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubung mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor K. Suresh ditalian 017-4333795,” katanya.

_.jpg
Quote Nurul8001 22-7-2022 01:26 PM
rifaa replied at 22-7-2022 11:04 AM
anak tiri ke tu?
wonder kalo tu anak sendiri

Anak angkat katanya
Quote Nurul8001 22-7-2022 01:32 PM
white_musk replied at 22-7-2022 12:50 PM
Jikalau tidak suka mengapa membelanya?

Bagi saja pada akak... pasti budak itu seromok kerana akak n ...

Anak takmo makan, memang bole buat stress tau. Pulak tu, kita dah usaha bagi makanan berkhasiat, ikan, sayur brokoli bagai. Ehhh, ayam juga yg disukanya. Nak makan hari2.
Tapi, kalau anak sendiri, tak gamakla pukul pakai benda/barang. Paling2 jegil mata n buat silent treatment je. Tak tahan sangat, cubit besar. Jgn cubit kecik, perit kulit anak.

Sanggup ke awak nak hadap perangai budak kecik? Saya ada 2 anak, setakat ni cukupla dulu. Takde rasa jealous pada org yg beranak kecik
Quote Cokoro 22-7-2022 01:32 PM
yang rakam tu katanya pekerja pmpuan tu. mybe dia dah tak tahan dah nengok budak tu kena dera
Quote Nurul8001 22-7-2022 01:35 PM
eLiaD replied at 22-7-2022 12:33 PM
kak long ii forum ade tiktok ac x?
takkk??
lemahhhh!

Dlm tiktok ada video dia n anaknya yg dipukul ni. Rupa kanak2 sama. Tapi, yg si mak tu, lain betul. Itu ke yg memukul

Dlm video kenmain eh tunjuk sayang anak. Memang tak boleh percaya medsos ni
Quote dua_chzy 22-7-2022 01:37 PM
kechikchomel replied at 22-7-2022 04:22 AM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/863938/diseksa-kerana-enggan-makan-nasi

Orang yg sama ke ...

Saudara betina gemuk yang macam rupa dan suara Anjoulie tu kot.
Quote umbut 22-7-2022 01:38 PM
Macam ni lah mak aku dulu2 garang masa kecik..hanger rotan penyapu bagai.. itu pun ada yg kata maafkan lah...berdamai dgn masa lalu..haha

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.067103 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top