CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Jatuh Dari Tingkat 18 Apartment

22-7-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1439| Komen: 5

CHICAGO, ILLINOIS – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan apartmen di bandar Chicago, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post.


Kanak-kanak lelaki dikenal pasti sebagai Chaise Binion itu dilaporkan jatuh dari tingkap sebuah unit apartmen Lake View Towers kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).

Mangsa terhempas di atas sebuah garaj tempat letak kereta sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kata polis.


Foto: Fox32

Menurut laporan, garaj  tiga tingkat tersebut terletak di antara dua menara bangunan apartmen di mana kejadian berlaku. 


Beberapa penduduk berkata, tingkap unit apartmen terbabit terbuka dari bahagian dalam, yang mungkin menyebabkan kanak-kanak berkenaan boleh memanjatnya.

“Kami dapat melihat kakitangan kecemasan membawa kanak-kanak itu menggunakan pengusung. 

“Mereka memberi bantuan kecemasan kepadanya dan saya dapat melihat wajahnya dipenuhi darah,” kata seorang penduduk, Tracy Redmond. 

Siasatan ke atas kejadian tersebut sedang dilakukan dan belum ada sebarang tangkapan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 22-7-2022 10:20 AM
semoga di tempatkan di syurga bersama nabi ibrahim a.s.
Quote Supersirap 22-7-2022 10:34 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote mizruncing 22-7-2022 11:11 AM
aduhhh nasib bukan kt malaysia lg dah
Quote Decaffeinated 22-7-2022 12:39 PM
berita dari Chicago

Quote intan244 22-7-2022 12:55 PM
ifanonline: semoga di tempatkan di syurga  ...
ada hikmah meninggal sebelum mumayyiz yg bukan islam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.102786 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top