CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayie Leon Bercerai Dengan Isteri Sebab Tak Ada Duit

22-7-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9015| Komen: 68

Vokalis kumpulan rock kapak era 1990-an, Ayie Leon, 48, kini hidup menduda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Zulisa Zulkifli sejak dua tahun lalu akibat masalah kewangan.


Ayie atau nama sebenarnya Nazrimi Md Ali yang kembali aktif menyanyi semula bersama Leon, kini muncul dengan single baharu, Damaikan Jiwa yang 'disimpan' oleh komposernya, Ariey kira-kira 13 tahun lalu.

Mengulas perceraiannya, Ayie berkata dia mengambil keputusan bercerai dengan bekas isteri, dua tahun lalu kerana masalah kewangan dialami berikutan hilang punca pendapatan sebagai penyanyi sepenuh masa selepas penularan Covid-19.


Ayie dan anak, Foto: Harian Metro


"Memang betul saya sekarang duda dan sudah bercerai dua tahun lalu disebabkan masalah kewangan. Apatah lagi, sumber pendapatan saya memang bergantung sepenuhnya dengan karier nyanyian.

"Jadi, bila Covid-19 mula-mula muncul memang tak duga impaknya teruk dan besar sebegini. Apapun, ini tetap ujian hidup saya dan keputusan bercerai diambil adalah jalan yang tepat buat kami membawa haluan masing-masing," katanya kepada Harian Metro.

Mengakui lagu Damaikan Jiwa itu cukup dekat dengan kisah hidupnya sendiri, Ayie berkata dia akur dan reda dengan takdir Allah. Katanya, lirik lagu itu adalah sebahagian daripada luahan tersirat di hatinya.


"Saya sebenarnya sedih dan kecewa dengan kegagalan rumah tangga yang dialami. Ditambah, sebagai seorang suami dan juga bapa, saya tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri.

"Apapun, saya harap dengan semangat membara untuk kembali berjuang bersama Leon dalam industri hiburan ini semula akan membawa sinar baharu buat kehidupan saya dan anak yang perlu dibesarkan," katanya.


Hasil perkongsian hidup Ayie dan bekas isteri, Zulisa, 46, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Nazlisabella, 16, yang difahamkan turut mempunyai bakat menyanyi seperti bapanya.

Sehubungan itu, muzik video lagu Damaikan Jiwa yang sudah ada di YouTube MVM Music sejak sebulan lalu kini mencatat hampir 200,000 tontonan walaupun kumpulan Leon sudah lama menyepi di persada hiburan tanah air. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 22-7-2022 10:16 AM
lahhh asal aku tak knl
Quote DayangKirana 22-7-2022 10:32 AM
oohh..dia ni pernah la lalu TT..
ingatkan sapa ntah.
hakikatnya kawin retis ni,some of them time tgh popular je masyuk..
dah masuk peti sejuk beku gini, terputus income terus.
kena harapkan education or other talents if any.
susah nak sustain hidup..
Quote Mary_jane 22-7-2022 10:33 AM
Sedap plak dia cover lagu Mimpi yang Hilang tu.
Quote hanihan16 22-7-2022 10:35 AM
kump leon ni popular zaman i kecik2, lepas tu senyap dah mcm belasan tahun juga. i wonder how la dia survive as penyanyi sepenuh masa even sebelum waktu covid
Quote ezacbee 22-7-2022 10:36 AM
Ni penyanyi kumpulan leon, lagu saling merindu ke?

Ooo lagu karok aku nyanyi kat umah. Manalah vhs lagu ni.. Hilang sudah.



Quote asfaz 22-7-2022 10:41 AM
mizruncing replied at 22-7-2022 10:16 AM
lahhh asal aku tak knl

Leon ni band awal 90an. Best2 lagu diaorg
Quote lilcountess 22-7-2022 10:48 AM
hanihan16 replied at 22-7-2022 10:35 AM
kump leon ni popular zaman i kecik2, lepas tu senyap dah mcm belasan tahun juga. i wonder how la dia ...

sebelum ni nyanyi kat kelab kot mcm ashira tu?
Quote Kepot 22-7-2022 11:15 AM
ingat ms sek rendah lagu kumpulan leon 'saling merindu 'mmg fav
Quote encikWawad 22-7-2022 11:18 AM
ontah sapo la ni acik tak konal - kopam kopam ni
Quote Lavender_Violet 22-7-2022 11:26 AM
Ntah lah....x kenal jugak heols nih
Tapi meols wonder lah...salah kah atau nmpk teruk kah bila isteri mintak cerai bila suami dah x mampu nak bagi nafkah walhal sebelum tu dah berbelas tahun hidup bersama macam kes si Leon ni lah
Meols rasa mcm tak patut jah....sabarlah sikit...tolong suami tu sama2 stabilkan ekonomi keluarga balik semula...Anggap lah ni ujian
Mmg betul lah sesetengah pendapat ppuan ni akan sayang bila laki tu berduit je
Quote lasagna 22-7-2022 11:28 AM
alamak.. kaka trlupa laa lagu heols ni camne. langsung xde memori utk kump Leon ni.
Quote Atata 22-7-2022 11:31 AM
Jarangla pompuan nak cerai semata2 hanya sebab laki tu tak berduit. Biasa ppuan boleh je hidup susah sama2 asalkn lelaki tu tak pemalas, tak suka cari gaduh, bkn tghari baru nak bgn dsb nye lah
Quote mamajawie 22-7-2022 11:57 AM
buat somi2 kat luar sana, kalau income sedia ada terputus cuba la cari income dari kerja bidang lain pula..rasanya si ayie ni bila takde job jadi penyanyi dia seboleh2 nak gak berstatuskan penyanyi tak nak cari keje lain..lama2 bini pun fedap kena tanggung bewak
Quote salimrock 22-7-2022 12:24 PM
sebelum kovid pn tak pernah dgr /tgk dia nyayi kat mana2...

dia nyayi club malam kot
Quote AWEKSAMURAI 22-7-2022 12:30 PM
Leon tu dah lama sepi kalau masuk kubo dh jadi tanah pun aku tak faham kenapa xnak usaha buat benda lain jana income sapa je panggil n bagi ko job nyanyi selama ni ...biawak always biawak la berlambak je artis sendu bajet rockstar mejoriti biawak komodo.... pompuan mana nk tahan menanggung biawak..
Quote AWEKSAMURAI 22-7-2022 12:32 PM
salimrock replied at 22-7-2022 12:24 PM
sebelum kovid pn tak pernah dgr /tgk dia nyayi kat mana2...

dia nyayi club malam kot

Xde lah muka dia kat kelab malam ..dia nyanyi band kenduri kawen je ni.
Quote inspektoremos21 22-7-2022 12:38 PM
Ni kalau tetiba retis lama muncul balik selalu nya bakalan peserta GV la ni khuenss..
Quote hotmak 22-7-2022 12:46 PM
mmg nya tak ada kerja lain selain menyanyi je? cmana lah nyonya mansur tak terima kasim selamat
Quote ashilalat 22-7-2022 01:22 PM
Edited by ashilalat at 22-7-2022 01:24 PM

Yang tak pernah dengar lagu Leon ni mesti bbnu yg lahir selepas tahun 2000.

Lagu diorg Saling Merindu dengan Merisik Rindu tu femes giler kot dlu. Saing² kumpulan Screen, Sting, Scoin, Spin dan S S yg lain dlu. Ada je pernah jd juara Radio Muzik Top Tune (RMTT), Pujaan 10 Nescaffe dengan KL Hits dlu.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.109772 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top