CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Isteri Pakai Tudung, Caprice Nak Lancar Bisnes Muslimah Dan Aplikasi Islamik

22-7-2022 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3655| Komen: 32

Perkongsian penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Daddycap yang menampilkan isteri tercinta, Farra Inalis manis bertudung menuai pujian netizen dalam Instagram.

Daddycap yang sebelum ini dikenali sebagai Caprice mengusik isterinya ketika mereka berada di dalam kereta dalam perjalanan menuju ke sebuah destinasi.

Foto: IG

“Hari ini pergi ‘dating’ dengan kekasih baharu. Masya-Allah, masya-Allah.

“Jom kita doa supaya Farra Inalis kekal dengan imej baharu ini,” usik Caprice.


Isterinya yang berada di sebelah tersipu-sipu malu apabila diusik selain menyembunyikan wajahnya daripada dirakam Caprice.

Dalam video tersebut, Inalis atau mesra disapa Elis manis mengenakan sehelai tudung bawal bercorak.


Gurau pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu lagi, sekiranya isterinya kekal dengan imej sebegitu, dia akan melancarkan semula bisnes pakaian Muslimah miliknya yang pernah diusahakan sebelum ini.

“Kalau baby (panggilan untuk isterinya) kekal dengan imej ini, insya-Allah esok juga abang tempah kain dan lancar semula bisnes muslimah kita.

“Esok juga lancar aplikasi-aplikasi Islamik kita,” selorohnya lagi.



Perkongsian pelantun lagu Lenglui itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan gurauan manja pasangan suami isteri itu.

Malah ramai yang menitipkan doa agar isteri penyanyi itu perlahan-lahan belajar menutup aurat dan kekal istiqamah bertudung suatu hari nanti.


“Wow, alhamdulillah. Semoga istiqamah. Isteri saya pun sama saja dulu tak pakai tudung. Alhamdulillah. Cuba perlahan-lahan. Tiada paksaan. Hanya teguran. Sampai sekarang, dia lebih baik daripada saya,” komen seorang netizen.

“Masya-Allah, cantik. Semoga istiqamah. Pakai tutup dada ya,” puji seorang netizen lain.


Sebelum ini, Caprice, 34, pernah bercakap tentang aurat isterinya apabila perkara tersebut dipersoalkan netizen kerana wanita itu sering berpenampilan seksi.

Kata penyanyi itu, dia sudah melunaskan tanggungjawab sebagai suami dengan membuat teguran secara peribadi.



Bagaimanapun Caprice enggan isterinya berubah kerana memenuhi kehendak atau paksaan manusia.

Terdahulu, Caprice dan Elis berkahwin pada pertengahan November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 22-7-2022 11:21 AM
bukan asal dlu mmg bertudung ke bini nya? sbb pic lama mcm byk gak pic pakai tdg. pas tu lepas menjanda terus seksi smpai dapat si cap ni
Quote helicornia 22-7-2022 12:03 PM
Aih dh ada cita2 nk menunggang klu bini pakai tudung
Quote Kangkung1M 22-7-2022 12:43 PM
Edited by Kangkung1M at 22-7-2022 12:45 AM
mizruncing replied at 21-7-2022 11:21 PM
bukan asal dlu mmg bertudung ke bini nya? sbb pic lama mcm byk gak pic pakai tdg. pas tu lepas menja ...

I nak cerita sket.

Bulan May aritu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan menganjurkan majlis tahlil & kesyukuran.

[ig]https://www.instagram.com/p/CeBq0lqpzHf/?hl=en[/ig]
So ramailah jemputan menghadiri majlis tersebut.

[ig]https://www.instagram.com/p/CeK9_CMJb8V/?hl=en[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/p/CeK-g5mpGOq/?hl=en[/ig]
Pasangan ini menjadi tetamu khas dalam majlis tersebut. Namun begitu pakaian yang mereka kenakan tidak bersesuaian dengan majlis tersebut. Si suami pakai seluar pendek, manakala isteri pula berseluar jeans koyak.





[ig]https://www.instagram.com/p/CeLGRMKJEgg/?hl=en[/ig]  
[ig]https://www.instagram.com/p/CeLFYOypo-g/?hl=en[/ig]

Quote umbut 22-7-2022 01:35 PM
Jap lagi bini keluar bisness tudung, bisness haritu x laku
Quote bulanbulat 22-7-2022 02:51 PM
Kangkung1M:  Edited by Kangkung1M at 22-7- ...


Aiyok belilah abaya dengan jubah laki sepasang boh dalam kereta. Habis malas pun sarung. Habis majlis cabut.

Belum apa2 dah nak tunggang
Quote kakJOYah 22-7-2022 02:54 PM
penunggang agama woii
Quote zhonglaoshi 22-7-2022 03:01 PM
I wish that I have one like you.

Quote AnnaSendin 22-7-2022 03:28 PM
Apakah beza heshe dengan dewasayu yang heols caprut satu masa dolu? Teruskan kelaku poyo mendongak kepala demi mendapat cercaan ummah.
Quote armin 22-7-2022 03:41 PM
jual jela, amik model bertudung. Ke sebab kalau guna bini tak payah bayar?
Quote mizruncing 22-7-2022 03:50 PM
Kangkung1M replied at 22-7-2022 12:43 PM
I nak cerita sket.

Bulan May aritu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan menganj ...

lahhhhh jahilnyaaaa. mende buat majlis tahlil pakaian cenggitu.. takde plak dok mengecam ehhh
Quote suka2 22-7-2022 05:09 PM
Aplikasi islamik tu apa je content dia. Kalau setakat nak tau waktu solat baik download je apps jakim tu wpun tak auto detect location tapi sebenarnya lagi cepat trus boleh select daerah.
Quote Cokoro 22-7-2022 05:40 PM
bukan dia dah ada ke apps islamik
Quote Katanya 22-7-2022 05:48 PM
Ko delete video klip lama ko dulu Cap
Quote shernazz 22-7-2022 05:50 PM
Menonggabg sunggoh la
Quote yondu 22-7-2022 05:54 PM
Kangkung1M replied at 22-7-2022 12:43 PM
I nak cerita sket.

Bulan May aritu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan menganj ...

lahhhh bini dia bukan set2 urban ke set2 dari ovsea sana. sek budu je pun, x kn tak geti pakai baju sesuai utk majlis kesyukuran. kak km yg x semenggah tu pun geti kot pakai baju elok sikit time mjlis2 cmni. i x mnt pmpn kuat mencapap cmni. tp ape nak kata, psgn kn mncerminkn diri kita sndiri. tgk si syusyu ni pun mmg dia sama je otak takde fungsi cm bini die
Quote anony-mous 22-7-2022 05:59 PM
Kangkung1M replied at 22-7-2022 12:43 PM
I nak cerita sket.

Bulan May aritu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan menganj ...

Dkt ig org lain x ada la lawa mana. Bila dia senyum teringat kakpam hanis haizi
Quote asfaz 22-7-2022 06:00 PM
Kangkung1M replied at 22-7-2022 12:43 PM
I nak cerita sket.

Bulan May aritu sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan & kesihatan menganj ...

Banggang nya laki bini ni . Majlis tahlil Dan kesyukuran kot . Pakai camtu ,haiyooo otak kat lutut.
Quote LadyCarefree 22-7-2022 08:16 PM
Binik dia xcantik pon. Pakai tudung lg xcantik. Seduai dgn topiknasik yg rupa tak seberapa.
Quote Kangkung1M 22-7-2022 09:25 PM
Edited by Kangkung1M at 22-7-2022 09:26 AM
anony-mous replied at 22-7-2022 05:59 AM
Dkt ig org lain x ada la lawa mana. Bila dia senyum teringat kakpam hanis haizi

Dah lama i tak ikuti perkembangan Hanis Haizi. Dia dah kahwin semula rupanya. Huhu semoga berkekalan hingga ke liang lahad.

[ig]https://www.instagram.com/reel/CcJgdCgD5Af/[/ig]





Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top