Wanita ini pada mulanya mengalami sakit pada bahagian belakang dan perutnya, namun dia mengabaikannya kerana menyangka ia adalah simptom sebelum kedatangan haid.
Bagaimanapun keesokan paginya, Lucy Jones, 22, sekali lagi mengalami sakit perut dan segera berlari ke tandas. Ketika sedang membuang air besar, alangkah terkejutnya wanita tersebut apabila terlihat sepasang kaki kecil terjuntai dari farajnya. Menimang anak buat kali pertama, Lucy berkata dia sama sekali tidak mengetahui dirinya berbadan dua dan sarat hamil ketika itu.
Ujarnya, ini kerana dia tidak mengalami simptom sepanjang kehamilannya, malah konsisten mengambil pil perancang kehamilannya setiap hari, selain didatangi haid. Pelatih kru kabin itu malah berkata, dia pernah melakukan ujian kehamilan sebanyak dua kali sebelum ini namun keputusannya negatif. Sewaktu usia kandungannya memasuki lapan bulan, dia malah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat untuk bertugas sebagai kru kabin. Bayi perempuan sulungnya, Ruby, kini berusia empat bulan dan sungguhpun 'muncul' secara mengejut, Lucy sangat gembira dengan kehadirannya. Lucy berkata dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya kerana mahu meningkatkan kesedaran tentang kehamilan kriptik atau kehamilan tanpa sedar. -CARI Sumber: mStar Online/ Metro.co.uk
|
whimsicalmusic replied at 22-7-2022 12:28 PM
Kaki terjuntai? Baby songsang ke cmne ni? Tp blh deliver normal? Btol byk persoalan
babelina replied at 22-7-2022 02:23 AM
dulu ada staff kt caw lain pn mcm nie.. period every month.. rupanya dh preggy 6 7bln kot..
mula2 ra ...
None68 replied at 22-7-2022 01:40 AM
Ini jenis badan besar perut macam preggie je kan..pastu period plak x lancar..kejap ada kejap xde..
dua_chzy replied at 22-7-2022 03:22 PM
Ala kesian. Wife kawan pun gini gak. Tapi sukor bila bulan ke-7 dia sedar dia preggy. Memang work ...
babelina replied at 22-7-2022 07:37 AM
alhamdulillah syukur.. rezki dia..
dua_chzy replied at 22-7-2022 03:40 PM
Iya. Sedih baca part staf uols tu ngandung twin tapi meninggal dalam kandungan...Kalau aiol di tem ...
babelina replied at 22-7-2022 07:45 AM
ye.. dia x byk ckp pn.. nk tny byk pn takut dia sedih.. alhmdulillah skrg dia ok..
mgkn sbb dia dh ...
dua_chzy replied at 22-7-2022 03:49 PM
Walaupun porumer selalu bilang takpa la boleh bikin anak baru (jika baca berita budak mati kerana ...
dua_chzy replied at 22-7-2022 03:24 PM
Wife kawan tu idok la besar sangat. Saiz M. Pun jadik lebih kurang gini juga (dah masuk 7 bulan ba ...
ghalibboy replied at 22-7-2022 03:20 PM
Kalau kaki keluar dulu boleh keluar normal. Tapi kedudukan bayi tu elok lah. Kaki, punggung , bah ...
whimsicalmusic replied at 23-7-2022 03:05 AM
I see..sbb iolls xpnah tao blh lahir songsang normally..nk keluar part bahu tu ssh la nnt
ADVERTISEMENT