Kes kehilangan bekas personaliti TV3 Zalina Azman masih hangat dibincangkan netizen.
Zalina yang hilang secara tiba-tiba dilaporkan tidak membawa barangan penting seperti kad pengenalan, kad bank dan juga lesen memandu. Keluarganya sendiri tidak mengetahui keberadaannya. Malah, usaha anaknya iaitu Mikhael Norman cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 menemui jalan buntu. Mikhael yang ke rumah Zalina juga mendapati kediaman ibunya itu dalam keadaan berselerak selain kereta masih terletak di perkarangan rumah.
Selain itu, kad-kad penting serta wang tunai berjumlah RM600 turut ditemui. Melihat komen-komen ditinggalkan di media sosial, segelintir netizen berasa seram dengan kehilangan Zalina. Bagaimanalah keadaan kesihatan fizikal dan mental Zalina ketika ini? - CARI
|
borrow replied at 22-7-2022 08:15 AM
rumah tinggal, mmg le . Tp klo berjaga mesti cantik, ai like sbb kombinasi glass , bata & kayu.
hanihan16 replied at 21-7-2022 11:47 PM
kelakar pulak baca komen2 budak twitter ni. hantu la, narnia la. siap ada yg cakap malas baca ...
ADVERTISEMENT