|
Pelakon terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus iaitu Anna Jobling tampil bersuara selepas terdapat komen negatif seorang pengguna di aplikasi TikTok mengkritik produk yang diusahakan oleh pelakon dan usahawan Tya Arifin.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, seorang individu mendakwa bahawa produk jamu yang diusahakan oleh Tya mempunyai rasa pahit dan bertambah lemah apabila diamalkan. "Sebelum judge atau nak hentam barang orang, cuba dulu baru komen. Kak Tya be strong and delete all the negativities from your mind okay!" tulisnya.
Tidak berdiam diri, Anna Jobling mengatakan bahawa produk jamu keluaran Tya tidak mempunyai rasa pahit seperti yang dikatakan oleh netizen itu, malah turut berkongsi pesanan buat Tya agar sentiasa kuat dan menghapuskan segala unsur negatif yang hadir ‘menyerang’ dirinya. Tya Arifin turut meluahkan rasa sedih apabila membaca komen negatif yang mempertikaikan keberkesanan produk keluarannya. IG Anna Jelas Tya, produk jamu keluarannya itu adalah rumusan daripada resepi turun temurun keluarganya di Indonesia yang menggunakan bahan semulajadi dan makanan berasaskan sunnah. Sumber: Murai
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.192216 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.