CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Dah Takut Nak Buat Lawak

21-7-2022 09:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6035| Komen: 17

Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan kekecewaan terhadap pelawak yang menjadikan sentimen agama sebagai bahan lawak dan hinaan yang tular ketika ini.

Shuib berpendapat, isu yang timbul sedikit sebanyak memberikan impak negatif terhadap pelawak lain yang turut berkecimpung dalam bidang yang sama.


IG Shuib

"Bila isu ini terjadi, memberi kesan kepada 'stand up comedian' yang lain. Apatah lagi, ada yang baru hendak mula aktif selepas Covid-19. Sudah tentu pelawak-pelawak yang lain turut terpalit dengan isu ini dan menimbulkan perasaan yang tidak enak dalam diri.

"Sedih sebenarnya sebab saya dilahirkan daripada program komedi. Saya tahu betapa sukar untuk mencari ruang sebagai pelawak.


"Dulu, bidang komedi ini tidaklah diangkat sangat… sehinggalah Saiful Apek berjaya meraih Anugerah Bintang Popular dan terus mengangkat bidang komedi ini ke tempat yang sepatutnya," kata Shuib.

Menurutnya kekecohan yang berlaku sedikit sebanyak mengingatkan padanya kisah lama sewaktu mula-mula menapak sebagai pelawak suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Shuib yang bergelar Juara Raja Lawak musim ketiga bersama kumpulan Sepah menambah, dia kini berasa takut untuk melawak, bimbang jika ada lawaknya yang boleh menyentuh sensitiviti orang lain.


IG Shuib

"Benar, saya takut nak buat lawak… dan sudah tentu, ruang untuk melawak akan menjadi makin terhad. Dulu isu 'body shaming', kita faham dan terima untuk tidak melawak tentang rupa bentuk tubuh orang.

"Kemudian, benda yang saya dan kumpulan saya sendiri buat iaitu lawak double meaning. Apabila ditegur, kami pun sedar yang benda itu tak baik terutama untuk budak-budak.

"Terbaharu isu agama dan bangsa juga. Tapi sebenarnya, kalau kita bijak dan kreatif, walau macam mana sempit pun skop melawak itu, kita mampu cari subjek yang sesuai untuk dilawakkan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 21-7-2022 11:57 PM
Ko pun bukan lawak sangat ..menega jer lah.
Quote eyansss 22-7-2022 03:08 AM
pelawak dulu2 rileks je takde buat lawak bodyshaming ke, double triple meaning ke…  elok je hidup…
Quote prince_marhaen 22-7-2022 08:58 AM
ko pun bukan lawak pun, harapkan punchline jep je selalu buli kau baru orang rasa lawak, but not anymore lah since kau pun acah-acah prominent kan, vvip, men golf, acah bizzzznezzzman....kadang-kadang meratap 100 tahun... tu je lah..
Quote Aneem 22-7-2022 09:05 AM
Nak bgtau yg kau skrg ni lebih sesuai jadi hero.
Tall, dark, handsome.
Kannnnn



Quote adeqbun 22-7-2022 10:42 AM
ko pon x lawak sbnrnye
Quote jijilaaa 22-7-2022 10:50 AM
semalam ak tgk sepahtu reunion kat astro ultra.. xpasti eps berapa tp masa tu diana daniell jadi jemputan.

si rahim jadi org tua...dd jadi  gf shuib

si rahim ckp lebihkurang acamni... sy yang mandikan awk masa awk kecik dulu, jadinya sy dah kenal keseluruhan diri awk, elokla kita kahwin"

not funny at all!!
Quote mizruncing 22-7-2022 11:10 AM
klu sepahtu selalu buat lawak double meaning ni si rahim tu. apa kelakar sgt ntah
Quote 311gurl 22-7-2022 11:22 AM
jijilaaa replied at 22-7-2022 10:50 AM
semalam ak tgk sepahtu reunion kat astro ultra.. xpasti eps berapa tp masa tu diana daniell jadi jem ...

wtf... pedofile gila ckp mcm tu... pervert la geng sepahtu ,,, si jep je i rasa x push the limit sgt..
Quote fifie_olin 22-7-2022 11:24 AM
bila la nak bukak bublebee kat klcc
Quote ezacbee 22-7-2022 11:25 AM
jijilaaa replied at 22-7-2022 10:50 AM
semalam ak tgk sepahtu reunion kat astro ultra.. xpasti eps berapa tp masa tu diana daniell jadi jem ...

Mesti audience gelak sakan kannn... Chia chia chia.. tahi!


Sepah kan dari dulu lawak double meaning. Sampai kena tegur dgn arwah zaibo ngan nek pojiah nawi. Jarang aku tengok sepahtu reunion ke rajalawak mega ke.. kadang2 ada yg lawak tp banyak xmelawak. Aku lebih suka zaman trio santan berlada. Berlawak ada pengajaran. Yelah, ikut peredaran zamankan. Budak2 sekarang mana suka lawak lama, samalah cam aku xsuka lawak sekarang. Adilkan.



Quote ShyDoll 22-7-2022 11:28 AM
Lawak ke dia?
Quote Mata.kucing 22-7-2022 11:34 AM
yg penting ko dh kaya
Quote Acikgomen 22-7-2022 11:37 AM
prince_marhaen replied at 22-7-2022 08:58 AM
ko pun bukan lawak pun, harapkan punchline jep je selalu buli kau baru orang rasa lawak, but not any ...

Meratap2 lepas tu buat posting mengundang dgn pompuan itu ini
Quote totokreturn. 22-7-2022 04:41 PM
Alhamdulillah, untung kedai minuman madu yg manis melecaih tu dah berjuta2 untung hooo, siap plan nak buka kat luar negeri
Quote uori 22-7-2022 04:47 PM
Aneem replied at 22-7-2022 09:05 AM
Nak bgtau yg kau skrg ni lebih sesuai jadi hero.
Tall, dark, handsome.
Kannnnn




kaka janganlah cakap gituuuuu
Quote jijilaaa 22-7-2022 04:54 PM
311gurl replied at 22-7-2022 11:22 AM
wtf... pedofile gila ckp mcm tu... pervert la geng sepahtu ,,, si jep je i rasa x push the limit s ...

yesss kan anak binik no 2 dia dulu pernah up status si apak tirinya suka usap2 peha...astuh ada netizen komen, ngadu la kat mak u... anak nye reply tak leh nanti mama marah.
Quote AWEKSAMURAI 23-7-2022 12:29 AM
eyansss replied at 22-7-2022 03:08 AM
pelawak dulu2 rileks je takde buat lawak bodyshaming ke, double triple meaning ke…  elok je hidup… ...

Lawak dlu2 pun ada body shaming cm arwah ali mamak dgn elyas apa tah nama depa selalu bahan membahan sesama dorang cuma tak seteruk lawak skrg ni laaaa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.049762 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top