CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perempuan Yang Suka Sangat Letak Jarum Celah Bibir Jangan Sampai Jadi Macam Ni!

21-7-2022 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1560| Komen: 10

Bagi wanita berhijab, aksesori seperti kerongsang dan pin adalah sangat penting kerana ia membantu mengemaskan lagi pemakaian.

Kerana sering digunakan, kebanyakan wanita gemar meletakkan aksesori yang ingin dipakai di celah bibir semasa menggayakan tudung masing-masing.

'Kebiasaan' itu bagaimanapun pernah membuat beberapa wanita berdepan insiden mengerikan apabila aksesori yang diletakkan di celah bibir itu termasuk ke dalam mulut dan ditelan.


TikTok Wanie

Seperti dialami individu bernama Wanie, dia mendedahkan bahawa insiden yang dialami itu menyebabkan dirinya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.


Menerusi perkongsian video, gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu ini berkata, kejadian berlaku pada 3 Mei lalu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

“Selepas tertelan jarum, saya terus ke Hospital Dungun dan buat x-ray. Pada masa tu memang jelas nampak jarum dalam usus saya.

“Hospital Dungun kemudiannya rujuk saya ke HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah) dan doktor yang merawat meminta saya berpuasa dahulu sebelum meneruskan prosedur selanjutnya.

“Doktor juga memberi ubat cairkan najis untuk saya makan... tapi dalam tempoh tersebut, najis tak keluar,” jelasnya di kapsyen video.

Bercerita lanjut, ujarnya, pada 4 Mei doktor menyatakan pasukannya akan memasukkan alatan ke dalam usus bagi menarik keluar jarum berkenaan.

“Puas doktor scope tapi tak jumpa kedudukan jarum. Sakitnya semasa doktor buat tu... hanya Allah yang tahu.

“Keesokan harinya, saya dimaklumkan akan menjalani pembedahan selepas prosedur scope yang dilakukan sebelumnya tidak berjaya menemukan kedudukan jarum.

“Jadi selepas x-ray sekali lagi, saya ditolak ke dewan bedah dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

Ekoran kejadian yang dialami, dia turut menasihati kaum hawa supaya menghentikan tabiat meletakkan jarum di bibir kerana bimbang mengalami insiden seperti dialaminya.

Malahan, dia menyatakan pernah dua kali mengalami insiden tertelan jarum yang mana kali pertama berlaku pada 2021 ketika dia terlupa membuang jarum yang digunakan sebagai pencungkil gigi.



Rata-rata warganet terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana tidak menyangka jarum yang sering diselitkan antara bibir boleh tertelan.

Dalam pada itu, salah seorang netizen yang dipercayai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bharu Kelantan turut menyatakan kes rawatan berkaitan tertelan jarum berlaku setiap hari.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 21-7-2022 09:03 PM
mmg ngeri... so tak pernah pakai jarum peniti dekat tudung.. selain dari bahaya kat kita.. sbnrnya lebih berbahaya bila kita dukung budak2!!!!!!!!!!

jarum peniti ni buat jahit baju je nokss.. utk pegang kain.. bukan buat pesen hijabista..


SAFETY FIRST
Quote mbhcsf 21-7-2022 09:03 PM
oh wow rajinnya gune jarum peniti untuk  kemaskan tudung. Mudarat tu.
Quote tikusmontok 21-7-2022 11:38 PM
jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bharu Kelantan turut menyatakan kes rawatan berkaitan tertelan jarum berlaku setiap hari

Ya ampunnn dah knpa tine2 sskjp ni, tak kenyang make budu ke? make jarum pulok
Quote Tinot7 21-7-2022 11:41 PM
ehh.. seriau baca..
Quote supernaturalee 21-7-2022 11:59 PM
Tertelan susuk ke sisthurrr

Quote supernaturalee 22-7-2022 12:00 AM
tikusmontok replied at 21-7-2022 11:38 PM
jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) di Kota Bharu Kelantan turut menyatakan kes rawat ...

Wanita di neg lain pun bnyk jgk telan jarum - tmb
Quote ilacantik 22-7-2022 12:52 AM
Ni mesti time akak2 tengah siap pagi2 nak pakai tudung, sambil kepit jarum kat celah bibir, sekali laki dok panggil, anak dok panggil, bila menyahut, maka tertelanlah jarum tudung itu. Lagi2 kalau peniti takde mata tu, ngeri uols kalau tertelan di antara celah gigi yg jarang2.
Quote jejaka_hensem 22-7-2022 01:11 AM
Iols seriau ya bila tengok perempuan cuuk jarum tu atas kepala.ghisau dorang tercucuk kulit kepala sekali
Sama jugak kes iols pegi barber.iols akan tutup mata time dorang guna mesin tu nk potong rambut tepi telinga tu.menakutkan
Quote dekmieDandy 22-7-2022 10:14 AM
adik aku pulak pernah terucuk mata time nak letak pin

cam mana ntah boleh terislap
Quote jari10 22-7-2022 10:23 AM
Malahan, dia menyatakan pernah dua kali mengalami insiden tertelan jarum yang mana kali pertama berlaku pada 2021 ketika dia terlupa membuang jarum yang digunakan sebagai pencungkil gigi.


Bangang namanya kalau dh berkali2 berlaku

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.105941 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top