CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilihan Raya Selepas Bajet?

21-7-2022 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 615| Komen: 0

Sumber dari UMNO tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023.

Sumber itu berkata, disebabkan perkembangan semasa yang menyaksikan cabaran ekonomi dan inflasi, kerajaaan perlu memberi perhatian penuh untuk memastikan langkah-langkah mengatasi inflasi dimasukkan dalam Bajet 2023.

“Selepas Bajet 2023 diluluskan, barulah mengadakan pilihan raya. Ini merupakan satu pendekatan yang baik,” katanya kepada China Press.


Gambar hiasan/Bernama

Ditanya sama ada pilihan raya sempat diadakan pada 2022, sumber itu berkata, perkara itu tidak menjadi masalah dan matlamat UMNO untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini juga tidak berubah.


Ditanya kemungkinan pakej rangsangan ekonomi dan bukannya Bajet yang dibentang sebelum pilihan raya, sumber itu berkata, langkah-langkah jangka panjang lebih sesuai untuk dimasukkan dalam Bajet berbanding pakej rangsangan.

Sumber itu juga percaya Bajet 2023 dapat diluluskan dengan segera dan “masalah teknikal” berkenaan kelulusan boleh diatasi.

Difahamkan, persediaan Bajet 2023 dilakukan lebih awal dengan pandangan dikumpul seawal Jun. Sesi pengumpulan pandangan sebelum ini hanya diadakan bermula Ogos.

Keadaan itu menimbulkan spekulasi bahawa persediaan awal adalah untuk membolehkan persiapan lebih teliti dalam menghadapi pilihan raya.

UMNO selama ini mahu pilihan raya umum diadakan lebih awal dan memorandum antara kerajaan dan pembangkang juga akan “tamat tempoh” pada 31 Julai sekali gus mewujudkan spekulasi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 pada Oktober.

Beliau menjelaskan, inflasi telah menjejaskan kehidupan rakyat dan kerajaan dijangka akan memberi “gula-gula” dalam Bajet 2023 untuk meringankan beban orang ramai.

Katanya, pilihan raya hanya akan diadakan apabila keadaan rakyat menjadi lebih selesa selepas pengumuman Bajet 2023. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.030311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top