CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Tak Dapat Watak Utama, Shamsul Ghau Ghau Takut Nak Berlakon

21-7-2022 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 912| Komen: 2

Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau-Ghau, 54, mengakui berasa takut dan gementar apabila sudah lapan tahun tidak mendapat tawaran watak utama dan kini digandingkan pula dengan tiga pelakon popular.


Shamsul ditemui pada sidang media secara virtual drama Guard Komando di TV9, berkata apa yang dibimbangkannya ialah tidak mampu memberikan persembahan lakonan yang baik dan mantap bersama barisan pelakon berkenaan.


IG Shamsul

"Apabila dah lama tidak melakonkan watak utama, mestilah ada rasa takut, gugup dan gementar itu. Apatah lagi, melihatkan tiga pelakon lain yang menjadi anak saya iaitu Fendy Bakry, Mark Adam dan Jiggy Masin.


"Kesemua mereka saya dapati ada kelebihannya yang mana, Fendy ialah seorang pelakon popular, Mark pula ada berjuta pengikut di Instagram dan Jiggy kini menjadi antara pelawak baharu yang semakin mendapat perhatian ramai.

"Jadi, memang ada sedikit kebimbangan untuk berlakon itu pada mulanya. Tapi, saya tidaklah tunjukkan dengan jelas kepada mereka bertiga dan cuba bersikap tenang saja. Namun, alhamdulillah kami dapat mewujudkan keserasian sebagai anak-beranak," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas wataknya sebagai Komandudu Adnan dalam drama itu, Shamsul yang juga juara Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama di TV3 ini berkata, dia suka berbincang dengan pengarah dan pelakon lain.

"Mana babak aksi yang rasa tak mampu nak buat, saya beritahu pengarah, Mp Roslin. Malah, jika ada dialog panjang yang saya sukar nak ingat, Fendy biasanya akan bantu bagi 'keyword' tertentu. Begitu juga, Mark dan Jiggy.

"Kami bekerja umpama satu keluarga besar dan saya suka suasana yang sebegitu. Ia boleh dikatakan tanpa sedar membuatkan ikatan sesama kami sebagai bapa dan anak menjadi rapat," katanya lagi.



Selain berlakon, Shamsul juga sebelum ini difahamkan terbabit dengan aktiviti mengajar mengaji Al-Quran dan dia juga mempunyai kad tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kad Tauliah Kategori D3 itu adalah Tauliah Mengajar Al-Quran yang melayakkan Shamsul atau mesra disapa Pak Su dibenarkan mengajar mengaji di sekitar Selangor.

Selain Shamsul, drama Guard Komando lakonan Fendy sebagai Kholid, Mark (Mansur) dan Jiggy (Dollah) akan menemui penonton di slot Diandra TV9 mulai 28 Julai ini, setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-7-2022 08:55 AM
sek sek pelakon cum pendakwah macam heshe ni kejap nak berhenti kejap merindui berlakon, kejap kata lagha, kejap kata insaf, kejap gementar nak berlakon balik......tam pamham meolssssss
Quote lasagna 22-7-2022 11:46 AM
prince_marhaen replied at 22-7-2022 08:55 AM
sek sek pelakon cum pendakwah macam heshe ni kejap nak berhenti kejap merindui berlakon, kejap kata  ...

kasi chan laa uolss..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.037113 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top