Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang buruh selepas mengaku salah mengugut untuk mencincang isterinya menggunakan parang dalam kejadian pada 18 Julai lalu.
Tertuduh, Muhammad Hisyam Abdullah, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan bapa kepada enam anak dipercayai mengugut isterinya selepas berlaku perbalahan antara mereka. Kejadian itu berlaku jam 9 pagi di sebuah kedai kopi di Kampung Chendering di sini.
Perbalahan itu dikatakan berpunca apabila isteri tertuduh meminta duit ketika tertuduh sedang bersarapan menyebabkan lelaki berkenaan naik angin. Mahkamah menetapkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Julai lalu. Kes tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Ain Mohd Rani. Sumber: Sinar Harian
|
margo20 replied at 21-7-2022 08:54 PM
Org laki ni bini mntk sex je baru tak marah
whimsicalmusic replied at 21-7-2022 06:09 PM
Hahaa padan muka sape suruh baran sgt
gideoncross: Typical prangai jejantz Mulayu hahahaha, klau istri nak ngeseks tiap2 hri bru lah d cap sbgai istri mithali tpi klau istri minta keadilan & hak, trus ...
ADVERTISEMENT