CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Bengang Dituduh Hotel Bawa Tikus Dalam Luggage

21-7-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2182| Komen: 13

Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi detik cemas dengan kehadiran seekor tikus di dalam bilik hotel diinapnya di Kemboja.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Aaron menceritakan bahawa pihak hotel yang tidak mengakui kesalahan sempat menyatakan bahawa kehadiran tikus itu adalah berpunca daripada bagasi pakaian mereka.


IG Aaron

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka, malah ada yang menyatakan pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab di atas kejadian berlaku pada bilik yang diinap Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik.


Add Image Caption Here


Dalam pada itu, Aaron turut menjawab pertanyaan netizen yang bertanya sama ada mereka tidak dibenarkan untuk menukar bilik hotel baru. Jelas Aaron, mereka dapat menukar bilik lain setelah pulang dari sebuah kampung di Kemboja.



Aaron Aziz kini berada di sana untuk menjayakan projek ‘menghidupkan’ semula sebuah masjid (Masjid Nurul Yakin) yang sudah berusia lebih dari 100 tahun, turut meminta orang ramai yang mahu melakukan amal jariah untuk memberikan derma untuk mereka menambah baik semula masjid tersebut.





Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 22-7-2022 07:59 AM
Ape laa bang harun ni...lain kali bungkus laa elok² cikti tu...letak lam carriage kerrr...ciannn cikti tersepit lam ken baju
Quote encikWawad 22-7-2022 08:34 AM
tu kan chef restoran motep bam eron nak komplen
Quote cantthinkofany 22-7-2022 08:51 AM
pergi ngan nawaitu nak buat pahala....end up sebarkan aib hotel tu......
Quote adeqbun 22-7-2022 11:34 AM
kesian oiyy tikus tu mati seksa mcm tu...xde perangkap lebih berhemah ke hotelnye pon
Quote lasagna 22-7-2022 11:41 AM
adeqbun replied at 22-7-2022 11:34 AM
kesian oiyy tikus tu mati seksa mcm tu...xde perangkap lebih berhemah ke hotelnye pon

ni trap jenis gam lekat kuat pya tu. mmg pyh wehh nk gerak. udahnya mati.
kalau jenis trap biasa tu lagi seksa wehh, so jenis glue ni xde laa pertumpahan darah.
Quote Lavender_Violet 22-7-2022 12:17 PM
cantthinkofany replied at 22-7-2022 08:51 AM
pergi ngan nawaitu nak buat pahala....end up sebarkan aib hotel tu......

What??????
Aib hotel??????
Ok, I reserve my comment
Quote mizruncing 22-7-2022 12:20 PM
eeeii gelinyaaa
Quote dejure 22-7-2022 12:21 PM
Tikus kat sana bulu2 dia panjang ye,tikus2 kat sini bulu tak pula panjang.
Quote cantthinkofany 22-7-2022 02:49 PM
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 12:17 PM
What??????
Aib hotel??????
Ok, I reserve my comment

.......................................................
Quote Nenasketum 22-7-2022 02:52 PM
Haron Haron, nak pigi buat ibadah pun nak masuk soc med, kan dah kena pitenah bawak Ratatouille, kalau bawak Minnie wangi la kirakan.
Quote Lavender_Violet 22-7-2022 02:54 PM
dejure replied at 22-7-2022 12:21 PM
Tikus kat sana bulu2 dia panjang ye,tikus2 kat sini bulu tak pula panjang.

Euwwww...geli geleman...meremang bulu tengkuk Iols baca
Dlm bnyk2, mmg menatang tikus ni lah yg paling iols x boleh blah
Menjerit satu rumah panjat kerusi kalau I nampak creature ni termasuk dlm rumah
Hisyyy.....seram
Quote _kelly 22-7-2022 03:04 PM
cantthinkofany replied at 22-7-2022 08:51 AM
pergi ngan nawaitu nak buat pahala....end up sebarkan aib hotel tu......

serius la aib??? adoi la melayu sikit2 duk ulang aib
Quote dejure 22-7-2022 03:15 PM
Lavender_Violet replied at 22-7-2022 02:54 PM
Euwwww...geli geleman...meremang bulu tengkuk Iols baca
Dlm bnyk2, mmg menatang tikus ni lah yg pa ...

Samalah mcm aku..teringat masa makan restoran nasi goreng seafood kat jb dulu,yg org sibuk kata sedap sangat tu.sana tikus besar2 ank kucing berlari2 bawah meja dgn cencorot lg.yg pelik org2 kat situ selamber aje mkn mcm takde apa2..eeee geli betul.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063404 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top