CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Leka Dengan Fon Telinga Maut Digilis Kereta Api

21-7-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 857| Komen: 0

Seorang pelajar sekolah menengah di Bandar Lampung yang leka dengan fon telinga maut digilis kereta api. 

Lapor Kompas.com, ketika kejadian rakan mangsa menjerit ke arahnya supaya melarikan diri selepas terlihat kereta api muncul di landasan. 


Bagaimanapun, jeritan tersebut tidak didengari kerana mangsa memakai fon telinga sehingga maut di Stesen Kereta Api Labuhan Ratu. 


Mangsa yang maut di tempat kejadian dibawa menaiki ambulans ke hospital di Bandar Lampung.-KOMPAS

Ketua Daerah Labuhan Ratu mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan mangsa tinggal di seberang stesen kereta api tersebut. 


Katanya, mangsa dilanggar Kereta Api Batu Bara Jajaran Panjang yang datang dari arah Kotabumi menuju ke Stesen Tarahan, Lampung Selatan. 

“Mangsa difahamkan berjalan kaki pulang ke rumah dan tetap menceroboh landasan walaupun pintu palang sudah ditutup. 

“Pelajar itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya sudah dibawa ke hospital,” katanya. 

Menurut Ratna, mangsa hanya berjalan kaki bersendirian di depan rakan-rakan yang lain. 

Sedangkan waktu itu, dia dan rakan-rakan lain sudah menjerit ke arahnya kerana kedudukan kereta api yang semakin hampir di landasan.  

“Ramai juga yang berada di sekitar stesen tersebut menjerit ke arahnya supaya melarikan diri selepas melihat dia melintasi pintu palang di landasan itu,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top