JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang oleh National University of Singapore (NUS) hari ini.
Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Presiden Singapura, Halimah Yacob yang juga Canselor NUS sebagai mengiktiraf sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Johor dan Singapura. Baginda tiba di Singapura hari ini bagi lawatan rasmi dua hari atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Lee Hsien Loong. Turut berangkat, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar, Khaleeda Bustamam.
Pada tahun 2007, ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar turut dianugerahkan ijazah yang serupa oleh NUS. Selesai majlis penganugerahan, Halimah mengadakan pertemuan dengan Sultan Ibrahim. Baginda bersama keluarga diraja dan rombongan kerajaan negeri kemudian diraikan dalam satu majlis santapan minum petang. -CARI Sumber: Utusan Online
|
esbok replied at 21-7-2022 03:45 PM
Biasa tengok Universities bagi acknowledgement macam ni. Ni untuk apa ya ? Pencerahan
Ari tu tengok ...
esbok replied at 21-7-2022 03:45 PM
Biasa tengok Universities bagi acknowledgement macam ni. Ni untuk apa ya ? Pencerahan
Ari tu tengok ...
ADVERTISEMENT