CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Seksi Bergelek, Beby Acha Mohon Jangan Kaitkan Dengan Arwah Achik Spin

21-7-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2444| Komen: 12

Bercakap mengenai media sosial, penyanyi, Beby Acha, 31, juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam bab ini.

Tiada yang salah, cuma banyak mata yang ‘sakit’ menonton gelagat Beby di aplikasi Tiktok.


Ada yang mendakwa penyanyi ini terlalu seksi menari di ruangan itu sehingga mencetuskan banyak tanda tanya,sama ada dia tidak sengaja atau punya agenda mencipta kontroversi.

Foto: IG

Kata Beby yang popular dengan lagu Jerung Merah, dia tidak menyangka ada pihak melabel dirinya seksi ketika bergelek dan menari.

“Rasanya, gelekan saya masih dikira tertib di TikTok atau di persembahan. Saya tak pandai nak terlalu berusaha menari dan bergelek berlebih-lebihan. Sebabnya itu bukan diri saya.


“Betul, ada yang suruh saya gelek sampai tahap ‘gerudi’ seperti artis dangdut lain. Tapi saya rasa ia akan jadi kelakar. Paras gelekan saya hanya pada tahap tertentu saja. Kalau keterlaluan bergelek, rasa macam merepek sangat.

“Pendek kata saya hanya menjadi diri sendiri. Mungkin saya pakai biasa dan bergelek, orang nampak saya terlalu seksi. Hal itu sangat subjektif. Tapi keterlaluan sangatkah saya menari?” katanya.



Pun begitu, kata Beby, dia ralat apabila diberitahu, nama arwah abangnya, Achik terkait oleh netizen yang lantang menabur komen di ruangan media sosial.

“Entahlah, apabila ada segelintir netizen kaitkan kontroversi saya dengan arwah, saya rasa perkara itu tak seharusnya terjadi. Saya yang terpalit dengan kontroversi, jadi kalau orang tegur saya, saya tak kisah.

“Janganlah kaitkan dengan arwah, lagi-lagi dia dikenali orang ramai. Dengan hati terbuka, saya rela menerima kritikan dan teguran orang lain.

“Selama ini pun kalau ada isu berbangkit sebegitu, saya abaikan saja. Saya malas ambil tahu. Bagi saya kecaman di media sosial ini tak pernah menjadi kudis. Kalau terlalu fikir, tak jadi kerja. Kalau hadap baca komen, memang tak jadi apa-apa,” katanya.



Selain itu, kata Beby, sejak membabitkan diri dalam dunia seni, dia sebenarnya memilih untuk berdiri atas kaki sendiri dan enggan menumpang nama arwah Achik serta adik-beradik lain iaitu Tajul, Khalis dan Awis.

“Saya memang tak jaja nama sebagai adik arwah contohnya. Tapi lama-kelamaan, cerita sebenar dapat dihidu dan tak dapat dikawal.

“Saya hanya mahu mencari rezeki dan tanpa boleh menidakkan minat ini juga seperti meneruskan legasi arwah dan lain.

“Dulu rasa tak ada orang kenal Beby Acha pun. Jadi apabila jadi diri sendiri yang selamba dan spontan dan tiba-tiba orang kenal, saya cuak. Selepas itu; saya mula berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk,” katanya.



Beby menambah, dia menjadi satu-satunya wakil perempuan dalam kalangan keluarga yang menyanyi dan minat itu sudah lama bercambah sejak dari kecil.

“Cuma adik-beradik lain termasuk arwah pilih lagu rentak balada atau pop, saya pula minat irama dangdut sejak dari kecil.

“Memang agak lambat saya bermula dan ditambah saingan bakat baharu yang jauh lebih muda. Tapi saya percaya aturan Tuhan itu terbaik yang buka peluang saya saat ini.


Dalam pada itu, ditanya mengenai percubaannya menyertai Maharaja Lawak 3,Beby bersaing di bawah kumpulan Joki di samping pelawak Gomok Gahai dan Fuad Nasir.

“Gomok dan Fuad menghubungi saya di Instagram (IG) untuk ajak turut serta bersama mereka. Kebetulan mereka mencari peserta yang boleh menyanyi lagu dalam dialek Negeri Sembilan dengan baik, jadi saya cabar diri kerana berasal dari sana.

“Kali pertama kami jumpa pun sudah serasi. Harap perjuangan Joki akan dipermudahkan,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-7-2022 02:43 PM
sape lahanat ni?
Quote aemon 21-7-2022 02:48 PM
ohh adik beradik tajul ke...tp abg dia nampak baik.dorang dua ni wild2 rempit sendayan sangat.
Quote miemiecha 21-7-2022 03:06 PM
habiss sume numpang nama arwah yek..
kemahen xnak org tau adik beradikk
soodaahhhlah
Quote whimsicalmusic 21-7-2022 04:31 PM
Rempitss..die xnk org kenal sbb arwah along tp gigih bgtao statement tu, indirectly org tao die related..
Quote Mulotkoyak 21-7-2022 05:06 PM
Br tau adik acik spin… hahaha.. tp tetap al xknl sape ko dik…artis ke founder ni?
Quote Mulotkoyak 21-7-2022 05:06 PM
Kalo menari pr gelek mesti kne ketip bibir ke???acah sexy and comel? Lg hanjing ade la.
Quote mawarkhayalan99 21-7-2022 05:19 PM
whu r yussss sangat niii aura rempit terpancar muchhhh
Quote red_velvet 21-7-2022 05:24 PM
Kaler la rambut hijau biru kuning acah2 urban pun tetaplah terserlah jua felda nya..  
Quote Lagubestbest 21-7-2022 05:29 PM
lawa filter je tu. time masuk spital beranak nanti kemain hazab muka.
Quote woven11 21-7-2022 06:17 PM
Achik je hensem dalam keluarga deols ni…
Quote I.K.A888990 22-7-2022 02:56 AM
siapa ni xbrp nk kenal
Quote Perawankota 22-7-2022 02:56 AM
Mulut mcm siti saleha

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.075019 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top