Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.
Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin. Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mendedahkan individu tersebut adalah Nabil. Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.
“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan? “Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke? “EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” dedah Intan.
|
Shayang replied at 21-7-2022 02:24 PM
Jadi Johan keje apa plak skrg ni? Selama ni aku ingat dia cuma keje jadi DJ je lama dah dia tak masu ...
boojaat replied at 21-7-2022 02:22 PM
Content jer ni.. saja nak bgtau nabil dh jd dj radio khensss ... Pastu nanti bila dh viral, ramai2 l ...
ADVERTISEMENT