CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Shima Perli, "Ustaz Rogol Budak Perempuan Tak Ada Yang Nak Bagi Surat Terbuka Ke?"

21-7-2022 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5002| Komen: 27

Sebelum ini berita melaporkan seorang penceramah bebas popular yang ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Isu tersebut menarik perhatian penyanyi Baby Shima dan menerusi hantaran di Instagram Stories, Baby Shima dilihat memerli dengan mempersoalkan tentang surat terbuka susulan kontroversi terbabit.

Foto: IG

"Tak ada surat terbuka ke? Ooo ini jangan masuk campur,"tulisnya.

Baby Shima juga sempat memuat naik screenshot memaparkan laporan berita tentang ustaz berumur 30-an itu pada Selasa.




Sebelum ini, Baby Shima menerima surat terbuka daripada pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da'i Fuad Mokhtar yang menegur tindakannya bergelek pada sambutan rumah terbuka pada Mei lalu.


Dia juga menyindir dengan menyatakan remaja perempuan yang akan dipersalahkan dalam isu terbabit.




Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chanthik 21-7-2022 01:08 PM
Walaupun tak suka sheols tapi I sokong, moklu lah dai/PU sampah masyarakat nafsu syahwat tinggi waima pensel saiz 2B misogynists, elok dibakar hidup hidup jah golongan penunggang agama
Quote intan244 21-7-2022 01:21 PM
jenayah x open camni bila terbukti bersalah oleh mahkamah barulah kecam. kalau kecam awal2x pastu x bersalah dapat dosa memfitnah. walaupon mahkamah dunia ni bukanlha perfect. lainla org yg buat dosa terang terangan, nantikanlah surat terbuka. ustaz elyas ismail tu tegur je semua kt youtube dia xde bias2x.
Quote Tembikaigoreng 21-7-2022 01:39 PM
At the end mesti pompuan juga yg salah.... Nafsu serakah dorang jelah terpaling xboleh dikawal padahal memang itulah diri mereka yg sebenar LOL
Quote cm_vungtau 21-7-2022 01:47 PM
Meluat aku geng2 ustaz. Kalau kat uni ni memang ustaz yang paling gatal miang dan sebagainya. Ajar subject engineering tapi double meaning memanjang. Kejadahnya? Takde kredibiliti langsung. Nanti anak2 muda suka Justin Bieber ke KPOP mulalah menggelupur sorang2. Padahal perangai macam hampeh siapa nak suka.
Quote tukul 21-7-2022 01:50 PM
Mana pu syed dan rakan2 nya yg slalu up isu2 terkini....
Quote jiwakacau06 21-7-2022 02:07 PM
diaorg pilih bulu...
Quote prince_marhaen 21-7-2022 02:19 PM
pu pu dai dai setad setazah media social ni semua mestilah selective dalam menegur, esp dai ponen yang suka tulis surat berbunga-bunga tu...acah-acah so soft menegur, konon-konon sayang umat...hujung-hujung kes kawan2 diorg buat senyap je tak masuk campur urusan polis gittew.....walhal sama jaga periuk nasik takut tak dapat offer ceramah... yihhhh
Quote Miawlover 21-7-2022 02:30 PM
Mn beraninya nk menegur geng sendiri. Aib katanya nnti..
Quote babelina 21-7-2022 02:51 PM
ala ko.. ko tu dh seksi.. lagu pn ntah pape ntah..
ini dh jd kes polis.. ko xyh nk myebok pula..
Quote seri_mawr 21-7-2022 03:30 PM
PU rahmat ada up kes kat FB dia..

knp pulak ada yang menyalahkan perempuan..? yang lelaki xde otak & akal kah..?
Quote dewi_rina 21-7-2022 03:38 PM
semua diam terkaku membisu tertunduk malu, tak mampu nak berkata apa-apa, esok ada kisah retis lain laju memcapub
Quote likilu 21-7-2022 03:54 PM
intan244 replied at 21-7-2022 01:21 PM
jenayah x open camni bila terbukti bersalah oleh mahkamah barulah kecam. kalau kecam awal2x pastu x  ...

  Betul!

Orang tegur dia atas moral issues je
Itu dah Kes jenayah, kena ada hukuman. Takkan takat nak bagi teguran je, Kes serious kot

Payah kalau tersakiti tapi ilmu Dunia ni tak malu nak tunjuk tak pandai, tahu nak play victim je. Cakap bimbo marah.
Quote dudaberhias 21-7-2022 04:07 PM
betul la apa sindiran dia bagi tu... cumanya ni semua salah mas idayu... komen menjerit2 sikit pun tak membina... tengok heshe ni pun dah jadi haperr???

tolong la singkirkan mami mas idayu tu dari industri hiburan... satu pun orang dia kritik dengan jerit2 tu tak menjadi lebih bagus... malah jadi macam atas ni... menonggang nonggeng jubo...
Quote epullipan 21-7-2022 05:18 PM
ko dududk buat hal ko sendiri sudah le shima oii
Quote bbasir 21-7-2022 06:29 PM
cm_vungtau replied at 21-7-2022 01:47 PM
Meluat aku geng2 ustaz. Kalau kat uni ni memang ustaz yang paling gatal miang dan sebagainya. Ajar s ...

omg betul wei.. aku ada gak tgk kawn2 imej ala2 ustaz ni.. dr zaman skolah menengah sampai la ke U. memanjang berkopiah.. padahal perangai ke laut.. kaki skandal plak tu... kereta plak siap byk hiasan ayat2 suci... haishhhhh
Quote umbut 21-7-2022 06:33 PM
Tazah semak and the gang tak nak komen panjang berjela cam bieber ke
Quote Aneem 21-7-2022 06:46 PM
Sbb pompuan takde maruah yg tergoyang sana sini, tersentil, tertonggeng mcmni la pompuan lain yg kena rogol.
Sejak adanya PU, daie segala bagai ni, satu hapak ustaz pun susah nak dipercayai. Penunggang agama dah merata.
Quote midori_katana 21-7-2022 08:16 PM
Ramai jer asatizah yg komen kecam setat perogol dan yg jenakakan rogol ni. Cthnya bro firdaus wong. Ko ja yg tak follow golongan begini kat socmed baby oi.. sbb tu la kau tak tahu..
Quote Whitney72 21-7-2022 11:10 PM
Wlau aku x sokong BS ni..tp ada kebenarannya juga...silapnya Setat skrg ni suka menegur cara menunjuk2..mcm surat tegur masuk FB..msuk IG etc...klau nk tegur pun..pm je lar cara elok kat artis tu..jgn  perasan bgus..x yah nk aib kan sgt individu..sbb smua org akn di uji

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.162474 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top