CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Generasi Semuanya Doktor, Wajib Belajar Perubatan Dan Kahwin Dengan Doktor Juga

21-7-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2652| Komen: 22

Bukan iklan untuk hospital yang baru dibuka, sebaliknya adalah kisah benar mengenai keluarga Sabharwal Delhi di India.

Siapa sangka selama lima generasi, setiap ahli keluarga ini menjadi doktor.

"Semuanya bermula dengan moyang saya, Lala Jeevanmal Sabharwal, yang merupakan master stesen di Lahore. Suatu hari selepas dia mendengar Gandhi ji bercakap tentang kesihatan dan pendidikan, dia memutuskan untuk membina sebuah hospital.

"Dia kemudian bertegas supaya keempat-empat anak lelakinya belajar dalam bidang perubatan," kata pakar bedah, Dr Ravindar Sabharwal, 71.


Foto: Hindustan Times

Begitulah lahirnya doktor pertama dalam keluarga itu, Dr Bodhraj, pada 1919.

Dr Ravindar berkata, Dr Bodhraj kemudian memutuskan bahawa setiap generasi berikutnya perlu belajar dalam bidang perubatan.

"Dan setiap anak lelaki perlu berkahwin dengan doktor," tambah Dr Ravindar.

Keluarga itu kemudian berpindah ke Delhi dan membuka lima lagi hospital, masing-masing membawa nama keluarga, Jeevan.

"Sudah tentu ada pemberontakan. Ada yang enggan jadi doktor, yang lain mahu berkahwin dengan bukan doktor.

"Mesyuarat kecemasan keluarga dibuat, panggilan telefon bertalu-talu. Tapi akhirnya semua orang mencapai kata sepakat," kata Dr Sudarshana, 68, pakar sakit puan dan juga isteri Dr Ravindar.

Seorang anak lelaki yang berkahwin dengan ahli biokimia akhirnya 'mengalah' apabila isterinya memutuskan untuk belajar perubatan selepas beberapa tahun berumah tangga.

"Dia mungkin muak dengan orang bertanya mengapa dia bukan doktor," ujar Dr Sheetal, 30, secara berseloroh.

Dr Sheetal juga merupakan pakar sakit puan dan menantu generasi ke-4 dalam keluarga itu.

Dalam pada itu, ada juga kisah lain. Semasa Dr Bodhraj masih hidup, terdapat satu ritual untuk memohon restunya apabila sesiapa berjaya mencapai tahun keempat dalam sekolah perubatan. Sebagai ganjaran, dia akan menghadiahkan mereka dengan stetoskop baharu.

"Dia terlalu mahu menjadikan kami sebagai doktor. Dia akan membuatkan kami berlatih memberi suntikan pada pokok pisang," imbas Dr Vikesh, pakar mata berusia 55 tahun.

Bagi anak-anak saudara Sabharwal, hampir setiap kali perbualan di meja makan adalah mengenai hal berkaitan hospital.

"Saya masih ingat melakukan tugasan di dalam dewan bedah. Kami akan berlari untuk melihat mangsa kemalangan," kata Dr Shinoo Rana, 39.

Satu lagi perkara yang menarik mengenai keluarga ini ialah anak-anak tidak dinamakan mengikut astrologi.

Sebaliknya, merit nama bergantung pada bagaimana ia akan mempengaruhi kanak-kanak di sekolah perubatan.

"Saya dan abang-abang dinamakan dengan huruf V. Tetapi di sekolah perubatan, ia bermakna berada di bahagian bawah apabila nama dipanggil.

"Setiap kali kami perlu pergi ke peperiksaan lisan, guru akan kepenatan apabila nama kami dipanggil. Jadi saya memutuskan untuk menamakan anak lelaki saya bermula dengan huruf A dan yang lain mengikutnya," kata pakar bedah, Dr Vinay Sabharwal, 56.

Persoalannya, adakah generasi keenam akan mengikut tradisi yang kekal selama 90 tahun ini? Ibu bapa mereka nampaknya tidak begitu pasti. - CARI

Sumber: mStar/Hindustan Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-7-2022 12:06 PM
bagus keluarga ni, menjaga keturunan mereka...tidak mcm melayu kawin negro
Quote Dwdrum 21-7-2022 12:39 PM
Negro half muslim pernah jadi president....better lah kahwin negro yang educated dari kahwin lobai ber takbir akhir zaman dan puting.... Bukan cerdik mana pun.... Nanti dapat anak ikut genetic otak kecil..  environment juga boleh buat manusia cognitive thinking decline...
Quote Decaffeinated 21-7-2022 01:12 PM
Nasib baik tak ada yang bunuh diri sebab tak dapat jadi doktor
Quote white_musk 21-7-2022 01:18 PM
Bosan juga jika semuanya sama
Quote makita 21-7-2022 01:22 PM
Kat umah mesti bau dettol je.
Quote nurul_akmar 21-7-2022 02:06 PM
tertekannya kalau jd menantu dorg n title org gaji je.. ye la, drama tv3 kan suka buat citer org gaji kawen ngan org kaya
Quote Adrif 21-7-2022 02:40 PM
teringat kawan sorang dulu. jenis family high class la kononnya

dalam family, mesti ada at least sorang doktor, lawyer, atau engineer. no less than that

kalau semua anak2 pilih career tu, even better

dan dia kata, gaji minima seorang, lepas tolak bil dan tanggungjawab lain, minima RM6000

yang I respect nya, memang family diorang capai target.. power do

kak dia sorang je pilih jadi saintis, tapi lepas kahwin, dia pilih jadi suri rumah jaga anak. suami dia mampu provide. gaji besau juga mungkin

yes, they're Indian, Malaysian.
Quote Adrif 21-7-2022 02:41 PM
lupa, kawan I tu lari target family,

dia pilih jadi pilot.
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:45 PM
anak buah aku yang doktor tu cakap kat sepupu sepapat dia toksahlah jadi doktor

Quote sharlenetexas 21-7-2022 02:59 PM
makita replied at 21-7-2022 01:22 PM
Kat umah mesti bau dettol je.

Ok lah dari hidu bau colok kemenyan.


Quote ninja9 21-7-2022 04:41 PM
Wow hebat.

kalau dah ibubapa doc dan nak set anak2 jadi doc, rasanya memang dorang dah siapakan environment dalam rumah untuk jadi doc dan sepatutnya kena support material, mentaliti dan persekitaran yang sesuai.

Ini sebenarnya sangat bagus. kalau tak jadi doc pun sekurangnya akan memilih kerjaya yang setanding kerana dah diprepare awal oleh ibubapa
Quote SPACE COP GABAN 21-7-2022 04:44 PM
ex boss sy dulu anak dia doktor 2 org..bila borak dgn kami yg staff dia ni...dia pesan tak payah la suruh anak jd doktor...doktor takde life...dia kesian tgk hidup anak2 dia sibuk dgn kerja jer siang mlm...
Quote dani-rox 21-7-2022 04:46 PM
di zaman semua org nak jd bintang tiktok, baguslah ramaikan lagi doktor dan jd inspirasi kpd generasi muda.
Quote takayama 21-7-2022 04:48 PM
hebat sungguh
kwn kaka apaknya Dr, maknya nurse
dia dan abg dia sesama Dr tp adik bongsu dia engineer
bila kawen dpt sekufu, Dr juga
tp anak2 dia xnak jd Dr sbb tgk mak pak, atok busy manjang kt sepital
jd anak2 dia pilih jd cikgu (2 org) dan sorg lg buat it
kwn kaka tu chindian
Quote aina_shaira 21-7-2022 05:00 PM
i tengok kawan kawan i yang keje doktor, pasangan diorang pun doktor juga.
sekufu kaedahnya, lagipun doktor kan career berprestij gitu
Quote Meiizu 21-7-2022 08:29 PM
Indian kawin biasanya family arrange...senang je kalau family buat syarat kawin dgn dktr jugak
Quote Suchi 21-7-2022 08:34 PM
Keluarga yg begitu membosankan.
Mesti ada yg teringin kawen dgn perempuan yg hot dan lawa,
Artis ke or influencer ke apa.
Quote caprut 21-7-2022 08:43 PM
Meiizu replied at 21-7-2022 08:29 PM
Indian kawin biasanya family arrange...senang je kalau family buat syarat kawin dgn dktr jugak

India kalau ko nurse dgn doktor pon ada kasta tau. Haha
Quote bakingsoda 21-7-2022 08:56 PM
kalau menantu tu ok la sbb ada pilihan gak nak masuk family tu. tapi yg anak cucu lahir dlm family tu emm takleh bayang kalau gen yg terbaru skrg ada yg lebih berminat nak jd tiktok star dr jd doktor. ye la family mesti kaya raya, serba serbi lengkap.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036560 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top