CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Semua Kasut, Lelaki Nak Berkaki Ayam Seumur Hidup

21-7-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1260| Komen: 11

LONDON: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang tidak memakai kasut mahupun selipar selama lebih 10 bulan, kini merancang untuk `berkaki ayam’ sepanjang hidupnya.


Lapor Daily Mail, George Woodville dari Cambridge mula membuang semua kasut dimilikinya selepas bercuti bersama keluarganya di Plymouth, Oktober tahun lalu.

Kata Woodville, dia berasa seolah-olah `bebas’ daripada cengkaman ketika melakukan demikian.

Foto: PA Real Life

Sejak itu, katanya, dia berkaki ayam ketika mahu pergi ke bar, restoran, pasar raya dan juga kelab malam.

“Saya akan meminta mereka sebaldi air untuk membersihkan kaki sekiranya terpijak sesuatu kotor seperti tahi anjing atau hanya menggunakan lopak air,” katanya.

Jelas Woodville, dia juga pernah diminta untuk meninggalkan bar dan pasar raya kerana kakinya yang kotor disebabkan tidak memakai kasut. 

“Berkaki ayam membuatkan saya kurang cerewet mengenai apa yang  dipijak.

“Malah, apabila terkena kaca di kakinya, ia biasanya akan jatuh selepas beberapa hari,” katanya.

Woodville dilaporkan pergi ke mana-mana tanpa mengenakan kasut dalam sebarang jenis cuaca.  

Pempengaruh media sosial itu memperoleh lebih 50 juta tontonan dan mempunyai 300,000 pengikut di TikTok sejak Mei lalu, selepas memuat naik video menunjukkan kakinya yang berukuran saiz lapan.

Woodville membuka laman OnlyFans mengenai kaki pada awal tahun ini selepas menerima banyak mesej peminat di TikTok yang meminta `gambar kakinya’.  

Dia kini percaya kakinya boleh menjadi sumber pendapatan utama baginya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-7-2022 11:36 AM
suka hati kola nyahhh
Quote sue_liah 21-7-2022 11:54 AM
pelik2 manusia skrg ..esok kaki luka kena bakteria dah 1 hal pulak
Quote ezacbee 21-7-2022 12:39 PM
Kotor la masuk umah. Puas memberus kaki ni..
Quote _blackbird 21-7-2022 01:25 PM
mcm mana time salji tebal. tak kena frostbite ke kaki heshe
Quote mdhelmi 21-7-2022 02:18 PM
sembang je tu untuk content
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:27 PM
Kalau kat OZ pemandangan biasa orang berkaki ayam masa summer. Feeling ala2 liberated gitu kot.
Quote kakikuDibibirmu 21-7-2022 02:28 PM
Imelda Marcos tersenyum sinis
Quote KamikuP 21-7-2022 03:37 PM
Nnti kena paku karat masuk kuman dah nak kena potong kaki yaachhh
Quote Supersirap 21-7-2022 04:18 PM
Berhati-hati semasa berjalan kaki, takut terpijak benda-benda tajam
Quote MsJules 21-7-2022 04:35 PM
Content semata nak raih fame and fortune. Coba la masa winter nanti...
Quote I.K.A888990 22-7-2022 02:41 AM
aduh jijik.pulak tgkp

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038184 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top