CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sempat Campak Anak Dari Motor, Sebelum Maut Dirempuh Lori Tangki Minyak Bersama Suami

21-7-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2004| Komen: 15

JAKARTA: Seorang ibu bertindak cepat dengan mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun dari motosikal yang ditungganginya daripada menjadi mangsa kemalangan di Jalan Transyogi Cibubur, Bekasi. 


Lapor CNN Indonesia, kanak-kanak itu dilaporkan selamat, manakala, ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh lori tangki minyak. 

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, Kunto, 36, yang melihat mangsa menangis berteriak bersebelahan ibu bapanya. 

Foto: ANTARA

Katanya, ketika itu, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan serius dengan kecederaan di bahagian kepala. 


“Saya lihat ramai mangsa di tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut terlebih dahulu. 

“Darah dapat dihentikan daripada terus mengalir selepas bantuan kecemasan diberikan dan mangsa dibawa terus ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya. 

Isnin lalu, sebuah lori tangki minyak merempuh dua kereta dan 10 motosikal sehingga menyebabkan 10 mangsa terkorban.  

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa, Rendra, 37, berkata, kanak-kanak itu terjatuh sejauh 10 meter selepas dicampak ibunya dari motosikal. 

“Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri maut di tempat kejadian. 

“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan sudah aktif seperti biasa,” jelasnya.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-7-2022 11:36 AM
allahu semoga sorga utk ibu, dah hujung nyawa sempat lagi fikir selamat anak
Quote tripleid 21-7-2022 01:10 PM
besar pengorbanan seorang ibu..
Quote sue_liah 21-7-2022 01:27 PM
Allahuakbar..sian nya mu nak yatim piatu sekelip mata
semoga membesar jd anak yg baik mendoakan ayah ibumu disana
Quote xtinkerbellx 21-7-2022 01:56 PM
Semoga anak membesar jadi org yg baik [em:9:]
Quote Atata 21-7-2022 01:57 PM
Ya Allah
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:22 PM
Semoga Rendra dapat carikan pengganti kepada ibu bapa kanak2 itu.
Quote sukacactus 21-7-2022 03:21 PM
Refleks mak2 mcm gitu la
Selamatkan ank2 dl, xpikir apa dah
Quote scorpionkiki 21-7-2022 03:23 PM
Moga ibubapanya digolongkan dalam golangan yg beriman dan beramal soleh
Quote Buritan 21-7-2022 03:28 PM
sukacactus replied at 21-7-2022 03:21 PM
Refleks mak2 mcm gitu la
Selamatkan ank2 dl, xpikir apa dah

Mcm tu laa ibu sejati..
Quote sukacactus 21-7-2022 04:43 PM
Buritan replied at 21-7-2022 03:28 PM
Mcm tu laa ibu sejati..

Kannn ibu sejati, sedih pulak
Tp yg xsejati pun ramai skrg ni
Quote MsJules 21-7-2022 04:45 PM
Innalillahiwainnailaihiraajiun.. Semoga merepa ditempatkan di syurga
Quote green~tea 21-7-2022 04:47 PM
Sedih nya.... kasih ibu hingga ke akhir hayat
Quote Lentera 21-7-2022 10:58 PM
Macam dlm sinetron petang2.. Tapi yg ni sedih baaaaangat
Quote tikusmontok 21-7-2022 11:18 PM
scorpionkiki replied at 21-7-2022 03:23 PM
Moga ibubapanya digolongkan dalam golangan yg beriman dan beramal soleh

Iols aminkan walaupun dorang ndon.
Quote Tinot7 21-7-2022 11:33 PM
scorpionkiki replied at 21-7-2022 03:23 PM
Moga ibubapanya digolongkan dalam golangan yg beriman dan beramal soleh

aminn...   

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036780 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top