CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Ketuk-Ketuk, Kacau Dalam Kandang- Budak Meronta Rambut Ditarik Monyet, Nasib Baik Tak Tercabut

21-7-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1365| Komen: 8

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang budak perempuan di Mexico berdepan detik cemas apabila rambutnya ditarik seekor monyet yang berada di dalam kandang sebuah zoo akibat diganggu, lapor akhbar The Sun.


Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, kanak-kanak dikatakan berusia dalam lingkungan 12 tahun itu pada awalnya,  dilihat mengganggu monyet tersebut dengan mengetuk kandangnya sambil memegang telefon bimbit.

Disebabkan berasa terganggu dengan tindakan tersebut, haiwan itu menyambar rambut kanak-kanak berkenaan sebanyak dua kali.



Dia bagaimanapun bernasib baik kerana dapat melepaskan diri.


Netizen yang menonton video tersebut mendakwa bahawa haiwan itu kelihatan seperti monyet labah-labah yang berasal dari Mexico dan Brazil. 

Pakar-pakar kebajikan haiwan menasihati orang ramai agar tidak mengganggu binatang yang dikurung, tidak kira sama ada ia kelihatan seperti kejadian lucu.

Ini kerana haiwan yang dikurung kebiasaannya amat tertekan kerana berada di habitat  berbeza daripada keadaan semula jadinya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-7-2022 11:35 AM
padan muka ko dekkk
Quote mdhelmi 21-7-2022 12:59 PM
rasanya semua zoo dah tetapkan jarak antara pengunjung dan sangkar
Quote babyleo68 22-7-2022 02:22 AM
adan uke ko
Quote Tinot7 22-7-2022 02:35 AM
Ni kira ok lagi.. hat yg kat caina, budak laki dok sua tangan dlm kandang beruang.. sekali kena rentap, teruih cacat seumo hidup..
Quote holothurian 22-7-2022 02:38 AM
Tinot7 replied at 22-7-2022 02:35 AM
Ni kira ok lagi.. hat yg kat caina, budak laki dok sua tangan dlm kandang beruang.. sekali kena rent ...

Apa jd kat beruang tu? Btw, utk budak pmpn ni, padan muka kauuuu
Quote Tinot7 22-7-2022 05:19 AM
holothurian replied at 22-7-2022 02:38 AM
Apa jd kat beruang tu? Btw, utk budak pmpn ni, padan muka kauuuu

Taktau sbb viral psl budak tuh.. siap ada gambaq dia kat spital lengan berbalut dan mak dok sebelah tgh meraung..
Quote tikusmontok 22-7-2022 05:51 AM
Cash la dek..nyet tu dah la tgh stress
Quote encikWawad 22-7-2022 06:40 AM
haha takde pasal cari pasal
raasainnnnnn

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037321 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top