Oleh : Dean BZ Sumber foto : www.mstar.com.my Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon kacak kelahiran Kelantan, Izzue Islam telah meletakkan syarat kepada pengarah untuk tidak meminta beliau melakukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita ketika penggambaran drama. Jesteru itu, terdapat pula buah mulut menyatakan bahawa Izzue terpaksa mengambil keputusan itu kerana isterinya, Awin Nurin kuat cemburu dan suka mengongkong. Sumber foto : www.manggaonline.com.my Namun, Izzue menafikan dakwaan kurang berasas itu. “Saya bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tetapi ia hak peribadi dan amat berharap ia dihormati. Saya mengambil pendirian ini bagi menjaga hati isteri dan keluarga selain ingin menjaga statusnya sebagai serorang suami dan tuntutan sebagai seorang Islam” “Alhamdulillah, perkara ini akhirnya dipermudahkan sedikit demi sedikit. Bagi saya prinsip ini semua saya buat atas nama agama Islam, selain status saya sendiri. Apa-apa pun yang saya lakukan perkara sebegini tidak boleh diambil mudah dan ia memang berkait rapat dengan agama,” katanya kepada BH Plus. Menurut sumber lain pula, ini bukan kali pertama Awin Nurin dikatakan cemburu melihat suaminya berlakon dengan wanita lain, sebelum ini beliau didakwa sering memerhati serta mengawal gerak geri suaminya ketika melakonkan babak romantik untuk drama bersiri Aku Bukan Mistress disamping aktres Anzalna Nasir. - CARI Infonet.
|
7
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lindarafee replied at 12-8-2015 10:27 AM
macamana dgn tuntutan isteri menutup aurat pok jue?
ADVERTISEMENT