CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikecam Cemarkan Alam, Perjalanan 3 Minit Je Pun Nak Naik Jet Peribadi

21-7-2022 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3129| Komen: 30

Bintang realiti Kylie Jenner menerima kritikan hebat apabila menggunakan jet peribadi miliknya menuju ke destinasi yang hanya memakan masa tiga minit atau 40 minit dengan memandu kereta.


Pengikut mula menghentam Kylie selepas jutawan itu memuat naik gambar dirinya dan pasangan, Travis Scott bersama jet peribadi masing-masing dan kereta mewah Rolls Royce milik mereka di Instagram.

Foto: IG

Kemarahan itu timbul ekoran ramai merasakan Kylie bersikap bongkak tanpa memperdulikan tentang pencemaran udara yang semakin meruncing di seluruh dunia.

"Kenapa saya perlu mengurangkan pengambilan daging dan menggunakan penyedut minuman palastik manakala ada orang mencemarkan udara dengan karbon dioksida untuk perjalanan tiga minit ke Palm Spring?


"Tidakkah dia sedar bahawa dunia semakin tenat dengan masalah pencemaran dan pemanasan global?," tulis pengikutnya di ruang komen gambar tersebut.


Disebabkan perkara itu, netizen mula membongkar sejarah perjalanan penerbangan Kylie yang rupa-rupanya mempunyai tabiat menggunakan jet peribadi untuk destinasi singkat.

Kylie didakwa pernah menggunakan jet peribadinya untuk ke destinasi yang hanya memakan masa 15 minit penerbangan selain ke Van Nuys ke Camarillo yang hanya mengambil masa tiga minit.

Mogul kecantikan itu dilaporkan membeli jet peribadi Bombardier BD-700 itu dengan harga US$72.8 (RM300 juta) pada 2019 yang boleh menghasilkan dua tan karbon dioksida dan lima hingga 14 kali lebih mencemarkan berbanding pesawat komersial biasa. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 21-7-2022 11:08 AM
tapi perbandingan tempoh tu ketara sangat, 3 minit dgn 40 minit. why not

mati la macit kene kecam
Quote babelina 21-7-2022 11:18 AM
apa dorg nk heran ngn kecaman.. makin gah n kaya raya..
Quote eyansss 21-7-2022 11:19 AM
esbok: tapi perbandingan tempoh tu ketara sangat, 3 minit dgn 40 minit. why notmati la macit kene kecam


yup…  bagi aku worth it untuk save 37 minit…  tapi tu la, pencemaran udara n bunyi boleh tahan la…
Quote aint 21-7-2022 11:27 AM
Edited by aint at 21-7-2022 11:29 AM

followers juga yg gigih sanjung & beli products kylie ...

moral of the story, sanjung melangit bole tapi tak perlu beli products utk kayakan org ...
Quote nurul_akmar 21-7-2022 11:28 AM
dh beli 300j. xkn xnk pakai..
Quote rosedemon 21-7-2022 11:34 AM
ala kome kalau kaya pon perangai serupa ini jugak. dah misken duk jela diam
Quote I.K.A888990 21-7-2022 11:51 AM
pergh lps ni 1 minit plak
baru leh pecah rekod sendiri
Quote _blackbird 21-7-2022 01:30 PM
kalau hidup mcm kylie ni sentiasa diburu papparazi, kena buli denga haters, fan pula mcm nak gila kalau nampak mmg la memilih utk naik private jet dekat / jauh. kang dia naik flight tambang murah ada schedule tergendala gara2 heshe pon jadi tajuk utama berita.
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:10 PM
3 minit tu ada tak macam dari Subang ke KLIA? Kalau betul macam berbaloi ja when money is not an issue.


Quote Dwdrum 21-7-2022 02:14 PM
15 mins ini selalu nya orang kaya naik heli saja... Anggap saja dia tiada heli hanya ada jet
Siapa yang derma dia mesti rasa bodoh.. Dia jadi billionaire sedang kan yang derma hidup seperti biasa
Quote Decaffeinated 21-7-2022 02:16 PM
_blackbird replied at 21-7-2022 01:30 PM
kalau hidup mcm kylie ni sentiasa diburu papparazi, kena buli denga haters, fan pula mcm nak gila ka ...

Yang ini dia sendiri yang up kan kat medsos so alasan privacy tu tak boleh guna dan isunya pun bukan private jet vs commercial airline kak.

Quote kechikchomel 21-7-2022 02:19 PM
semalam kot, kawan iolss whatsapp kat grup, bagitau king Jamaika buat lawatan rasmi ke seberang tambak. pastu dia tanya weolss. agak2 dia naik kereta ke, private jet ke, heli.

Quote mdhelmi 21-7-2022 02:29 PM
ada pepatah Uganda mengatakan
Orang yang jeles pada sesorang itu sebab mereka tak dapat apa yg seseorang tu ada
Quote uori 21-7-2022 02:30 PM
kalau ikut orang sini, sama je malas nak jalan dan keje nak mudah. kalau gi makan, kalau boleh nak parking kete depan meja makan dan kalau gi kaunter bank ke apa, kalau boleh nak parking bebetul depan kaunter
Quote MsJules 21-7-2022 02:35 PM
Dah dia ada jet, naik je la.

Nape la tak naik heli ja. Lagi senang.

Eh over lah aku.
Quote sukacactus 21-7-2022 03:19 PM
Just because I can, so why not? Katanya
Quote kakikuDibibirmu 21-7-2022 03:22 PM
Kylie Minogue dengan @dani-rox tersenyum sinis
Quote salimrock 21-7-2022 03:43 PM
eyansss replied at 21-7-2022 11:19 AM
yup…  bagi aku worth it untuk save 37 minit…  tapi tu la, pencemaran udara n bunyi boleh tahan l ...

mcm dari klang nak ke KL la tu, naik kereta 40 menit, naik jet 3 manit je,

tp kalo aku worth berbillion2, aku rasa berbaloi tu naik jet dr klang ke kuala lumpur  3 menit je hehe


asal ada duit ma...

Quote AshkieLa 21-7-2022 04:06 PM
uori replied at 21-7-2022 02:30 PM
kalau ikut orang sini, sama je malas nak jalan dan keje nak mudah. kalau gi makan, kalau boleh nak p ...

kan.. pasar malam ke pasar tani ke..
mcm kalau boleh nak beli barang sambil memandu..
nak dekat.. dekat lagi parking walaupun ganggu traffic.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039002 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top