Seorang pemuda terkejut selepas mendapati kucing peliharaannya melahirkan anak yang mempunyai dua wajah. Anuwat, 29, berkata dia pada mulanya melihat kucingnya bergelut dengan kesakitan ketika mahu melahirkan anak.
Dia kemudian bergegas membawa haiwan peliharaannya yang berusia dua tahun itu ke klinik haiwan di Hang Chat, Lampang, utara Thailand di mana doktor menjalankan pembedahan C-Section untuk mengeluarkan anak kucing. Anuwat terkejut namun gembira dan sedaya upaya menjaga anak kucing aneh tersebut walaupun ia berdepan dengan risiko jangka hayat yang tidak lama.
Bagaimanapun, anak kucing yang diberi nama 'Tung Ngern' dan 'Tung Tong' mati selepas lima hari dilahirkan. Anuwat mengumumkan berita sedih mengenai kematian kucingnya pada Rabu (20 Julai) di media sosial. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
ADVERTISEMENT