"Kamu (ahli Parlimen pembangkang) cuba untuk memperlihatkan kami (ahli Parlimen kerajaan) mempunyai imej yang buruk. Macam kita tidak ada maruah diri, demikian kenyataan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pada sidang Dewan Rakyat sesi pagi semalam. Tajuddin merujuk kenyataan Teo Nie Ching (PH-Pulai) yang mengaitkan dirinya bersama-sama Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Azeez Abdul Rahim) dan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Seri Bung Moktar Radin) sebagai seksis dan sering membuat kenyataan gangguan seksual terhadap ahli Parlimen wanita.
Tajuddin bangkit mencelah ketika Datuk Seri Azalina Othman Said (BN- Pengerang) membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Tajuddin bertenang dan mengembalikan pentas dewan kepada Azalina. Namun tindakan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) mempertikaikan tindakan Rashid yang masih bertoleransi dengan Tajuddin berbanding tindakan menghalau Ahli parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari berikutan tindakannya mempersoal usul yang ditolak tentang tuntutan Sulu. |
ADVERTISEMENT