|
Trend jual beli cedok yang didakwa hukumnya haram menjadi perdebatan netizen di media sosial. Salah seorang peniaga yang turut mengikut trend berkenaan ialah usahawan kontroversi Datuk Seri Vida atau Hasmiza Othman.
Kata Vida, 51, jual beli cedok yang dilakukan olehnya tidak meragukan kerana memberi keuntungan kepada pelanggan dan sangat berbeza dengan peniaga lain. “Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, pada saya punya sahajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia. “Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.
“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah giveaway saya kepada peminat sayalah, katanya kepada mStar.
|

Nenasketum replied at 20-7-2022 06:16 PM
Scammer sungguh dia ni, dari produk timbang kati pamoga dia lagi.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.118602 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.