CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merungut Isteri Tak Cantik Tapi Sebulan Bagi RM50 Je, Gaji RM1500 Sebulan Ada Hati Nak Kahwin Lain

20-7-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5111| Komen: 68

Satu perkongsian di Twitter ini telah mengundang pelbagai kritikan di kalangan netizen apabila seorang individu bertanyakan soalan mengenai perkahwinannya yang didakwa semakin hambar dari hari ke hari.


Menurut individu itu, dia sudah berkahwin dengan isterinya selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.

Namun dia berasa bosan dengan isterinya kerana tidak mempunyai usaha untuk menjaga badan dan kecantikan ketika berada di rumah.

Foto: Twitter

"Dia tak ada langsung nak jaga badan, jaga kecantikan sedangkan tiap-tiap bulan aku bagi duit RM50 dekat dia. Boleh je kalau nak beli apa-apa untuk melawa.


Apa yang membuatkan netizen ‘panas hati’ adalah apabila individu itu ‘bercita-cita’ untuk menambah isteri sedangkan gaji bulanannya hanya sekitar RM1,500 sebulan.

Di ruangan komen, ramai warga maya yang membaca luahan hati individu itu tampil mengecam pemikiran dan menganggap lelaki tersebut sebagai tidak sedar diri.



"Basic tambah OT baru RM1.5k dah fikir mampu nak tambah bini baru? Bagi RM50 dekat bini dan harap bini nak melawa dengan duit tu? MasyaAllah brother..kau hidup zaman mana ni?"

Netizen terutamanya kaum wanita berpusu-pusu dilihat menghentam tindakan lelaki itu yang tergamak memberi RM50 nafkah bulanan namun berharap isteri untuk kekal berhias cantik dengan nilai wang sebanyak itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 20-7-2022 05:41 PM
Gi 7-11 ambik chips, anak2 ambik kinder joy sorang satu selesai RM50..
Quote moonela 20-7-2022 05:54 PM
rikiruj replied at 20-7-2022 05:41 PM
Gi 7-11 ambik chips, anak2 ambik kinder joy sorang satu selesai RM50..

Hahaha.. Tu belum kena tax nak beli buku komik, robux
Quote yoppoy 20-7-2022 06:24 PM
Hasanatul wal samdol
Quote krustykrab 20-7-2022 06:27 PM
Ada nmpk post ni kat fb..rasanya saja je dia tulis benda2 merapu mcm ni sb lps tu dia susruh klik link shopee dia
Quote Thunderclouds 20-7-2022 06:46 PM
Post merapu pon angkat jd CI. Mcm harommmm..
Quote umbut 20-7-2022 06:49 PM
Saja buat content merapu soh org bambu..
Quote orkid_amani 20-7-2022 07:00 PM
Boleh ja rm50 tu dia spend utk beli beauty & skincare item..kat Watson guardian tiap2 minggu ada sale...brand murah2 mcm safi wardah tu kn ada..
Quote Artemesiaa 20-7-2022 07:07 PM
Nak cantik nak tip top macam model semua perlukan perlaburan tinggi sekadar bagi RM50 apa je yang boleh dia beli produk timbang kati pun tak lepas.  Apa tah lagi nak ke salon nak ke spa pusat kecantikan etc etc etc.  Sebab tu sesetengah wanita mereka lebih cantik bila sendiri.  
Quote she 20-7-2022 07:09 PM
rikiruj replied at 20-7-2022 05:41 PM
Gi 7-11 ambik chips, anak2 ambik kinder joy sorang satu selesai RM50..

Chips 7e tu sodappp
Macik suka yang pack hijau tu
Quote azimodin 20-7-2022 08:00 PM
Aku kira barang2 yang barqualitu tapi murah kat watson
1. Pencuci muka safi - RM9
2. Moisturiser- aiken RM 20
3. Sunscreen - wardah RM 10 ( sebotol RM20 untuk 2 bulan)
4. Scrub badan RM10 inhouse brand watson/guardian(Rm20 sebotol untuk 2 bulan. Kadang2 buy 2 for 1)
5. Shampoo clear Rm15
6. Serum rambut RM25
7. Deodorant nivea RM10
8. Mouthwash Rm 15 (RM30 untuk twinpack)
9. Pad librese RM15

Ni kira yang basic2 je dah lebih RM50. Belum la serum, face mask, hair mask, manicure  pedicure, keratin treatment. Aku yg bukan skincare addict pon paling koman RM100 untuk barang penjagaan diri
Quote aechae 20-7-2022 08:02 PM
Yg post tu menganjing je lah
Why nk ambil serius
Quote Cintakapuri 20-7-2022 08:08 PM
Babeee lah nak melawa apooo ngan duit rm50???? Tu dpt lipstick 1, powder 1 n facial wash 1. Itupun brand drugstore. Tu pun kl duit tu mmg utk isteri melawa, mksd i bukan campo2 keperluan dapur. Kl kepala hotak dia piki rm50 dah boleh buat beli barangan dapur n melawa hmmmm mmg minta penampo lah
Quote spankee_fili 20-7-2022 08:14 PM
Banyak lagi lebih tu lepas beli barang kosmetik, bini boleh simpan unit trust ke beli emas ke
Lahai si bini…
Quote Suchi 20-7-2022 08:17 PM
Mana link shopee? Cerita hasanah cam gini biasanya ada link sopi
Quote Suchi 20-7-2022 08:19 PM
azimodin replied at 20-7-2022 08:00 PM
Aku kira barang2 yang barqualitu tapi murah kat watson
1. Pencuci muka safi - RM9
2. Moisturiser- ai ...

Scrub badan watson tu ok ke? Iols guna sapu tangan korea hijau yg org korea guna time sauna tu je.
Quote FOTHER-MUCKER 20-7-2022 08:25 PM
Ko fikir muka isteri ko boleh dicuci menggunakan sabun basuh pakaian?

Bagi sahaja penyapu di kepala kepada suami seperti itu!
Quote bungarose 20-7-2022 09:07 PM
Rekaan semata2 ker haper? Bagi 50 sebulan pun bising ker
Quote azimodin 20-7-2022 10:18 PM
Suchi replied at 20-7-2022 08:19 PM
Scrub badan watson tu ok ke? Iols guna sapu tangan korea hijau yg org korea guna time sauna tu je.

I beli yg dalam tub tu, coffee & sugar kalau x silap. Bau best & tak rasa kering bila pakai. Yg dalam tube tu xbest.
Quote imanjannah 20-7-2022 10:30 PM
prof uitm tu dah lama ckp..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053659 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top