CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wad Kanak-Kanak Semakin Sesak

20-7-2022 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1994| Komen: 11

JOHOR BAHRU – Wad kanak-kanak di hospital awam di Johor mengalami kesesakan susulan peningkatan kes influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, kesesakan itu juga dipengaruhi peningkatan lima peratus kadar kes ILI dan URTI dalam kalangan kanak-kanak yang memerlukan rawatan susulan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kadar penggunaan katil di semua wad hospital awam di negeri ini masih terkawal walaupun kadar penggunaan meningkat kepada 76 peratus ketika ini.

Foto: Kosmo

“Kadar penggunaan katil itu mencatatkan peningkatan empat peratus berbanding 72 peratus di semua wad hospital awam negeri ini pada minggu sebelumnya.


“Ketika ini wad kanak-kanak di semua 13 hospital awam di Johor mencatatkan sedikit kesesakan berikutan peningkatan lima peratus kes jangkitan ILI dan URTI di negeri ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang mengumpulkan data terbaharu situasi terkini di wad kanak-kanak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Tian Soon berkata, kapasiti katil di semua hospital di negeri ini termasuk wad unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 5,307 katil.

Tambahnya, JKNJ akan mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kadar penggunaan katil di hospital awam negeri ini bagi membolehkan persediaan dilakukan jika gelombang baharu Covid-19 berlaku.

“Peningkatan penggunaan katil di negeri ini turut disumbangkan peningkatan kes Covid-19 selain pertambahan kes jangkitan ILI dan URTI.

“Kita sudah mempunyai pengalaman menangani peningkatan kadar penggunaan katil ketika pandemik memuncak tahun lalu dan akan mengambil tindakan proaktif sekiranya keadaan mendesak,” katanya.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di negeri ini antara 10 Julai sehingga Sabtu lalu adalah sebanyak 542 kes.

Katanya, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 511 kes. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-7-2022 05:29 PM
Bertabahlaa mak pak yg ade anak haluihh.. tp aku salute mak pak sbbb gigih dan tekun angkut anak tanpa mask pi mall yg penuh dgn indon rohingya bangladeshh vietnam...aku pandang sajolaaa..
Quote Buritan 20-7-2022 05:31 PM
Kkm jah yg riuh katil sana sini sinun.. mak pak relaks jahh... anak buah aku pun bergembira menayang anak yg baru lps menetas   
Quote Belibis 20-7-2022 10:07 PM
Belum cukup power untuk panikkan rakyat..kena up setiap hari..mudah2an beksin akan laku keras.
Quote slavehunter 20-7-2022 10:15 PM
Belibis replied at 20-7-2022 10:07 PM
Belum cukup power untuk panikkan rakyat..kena up setiap hari..mudah2an beksin akan laku keras.

Road to puluhan ribu in the making. Lets "Nudge" them.
Quote hashashes 20-7-2022 10:57 PM
Anak aku baru 2,3 hari g sekolah dah start selsema balik. Padahal baru baik hari tu. Haih please be responsible lah parents kalau tau anak tak sihat rehat kan lah diorang kat rumah. Ni balik, jangkit kat adik2 pulak
Quote hashashes 20-7-2022 10:57 PM
Anak aku baru 2,3 hari g sekolah dah start selsema balik. Padahal baru baik hari tu. Haih please be responsible lah parents kalau tau anak tak sihat rehat kan lah diorang kat rumah. Ni balik, jangkit kat adik2 pulak
Quote mamajawie 21-7-2022 12:46 PM
hashashes replied at 20-7-2022 10:57 PM
Anak aku baru 2,3 hari g sekolah dah start selsema balik. Padahal baru baik hari tu. Haih please be  ...

iollss paham sebab anak sulung iollss tahun ni 1st time masuk preschool pun asyik cuti je sbab senang kne demam selsema..tapi tu la yg kami2 jadi omak bapak ni penat la hai nak tulis surat cuti banyak kali bagi kat preschool..sampai da naik malu da..

Quote acikhan 21-7-2022 12:59 PM
semoga baik shj la utk semua ank2 ye...haku ank2, 3 org semua sekolah + ngantor sekali ank jiran 2 org...kalo salah sorg x sihat satu keta x sihat esok nyer... sabtu nie sukan swkolah ank2 n dorg semua masuk acara sukan kene la berkumpul reramai kan hmmmm harap2 semua nyer sihat n dipermudahkan la urusan nanti
Quote ezacbee 21-7-2022 01:01 PM
Ramai je yg degil xnak pakai facemask. Ada yg selamba xpakai, pakai bawah dagu.. Xpaham jenis degil. Budak2 memang xde pakai langsung facemask, mak bapak happy je..
Quote acikhan 21-7-2022 01:02 PM
3 minggu lepas jd guru ganti seminggu Kat tadika berhampiran rumah, Allah kesian nyer ank2 yg selsema sampai berhingus2 Kat hidung n lg sorg dedua lubang hidung penuh tahi mcm berkerak...adududu kesian nyer lahai...x sampai hati pulak nk biarkan jd kene la bwk dedua tu g bilik ayaq bersih kan n lap sentiasa....
Quote kaishi 21-7-2022 01:46 PM
Edited by kaishi at 21-7-2022 01:54 PM

Anak aku baru je discharged, 2 minggu lebih warded, puncanya cirit birit dan anemia je, hari keempat anak aku drop, tetibe muntah, memancut, aku ni tahap mandi muntah dah ( anak aku baby 10 bulan ) lepas tu demam, batuk, terus duduk asing, 1 bilik kami je, tak bcampur, dlm dekat 17hari tu, mcm2 ubat antibiotik semua dah, ade ubat doctor suruh beli, tp ms tu aku tak mampu, suruh tukar susu, tp hospital bg susu similac yg mahal tu, haha, terima kasih banyak2 kat doctor yg mohonkan susu tu utk kami, ms disuruh beli, aku dgn laki aku pening, nak beli prebiotic baby pon tak mampu ms tu, lg kan susu similac freelectose...... Alhamdulillah ada rezeki anak. Tp skrg dah stop la, kembali ke susu lama....

anak aku ni baby prem, history dia pon tak cantik, last2 doctor kata dah habis rawatan dah, medical doctor dah ambil sampel najis dan muntah, bukan rotavirus. Ms dia demam pon xde tanda2 demam virus, doctor buat kesimpulan ni masalah antibodi,

Dengan aku sekali tumbang, tetibe aku janhkit muntah dan cirit, ( aku bt tau yg cirit dan muntah ni leh jangkit, jgn share makanan atau sudu garpu ) ganti suami aku, dia tak smpai sehari, tumbabg gak, memasing g emergency, aku warded, sbb aku pregnant dan ade beberapa komplikasi lain.... nasib baik laki aku tak warded.....

Tp betul, wad kanak2 memg full, kubikel utk 4 katil jd 8 katil, ni hari pertama anak aku warded, semua kes demam, klu g kecemasan, majoriti skrg kannk2 je...

Lepas discharged, aku ckp dgn laki aku, nak bawak budak g mall boleh, tp bukan weekend, bukan musim gaji, beli barg dlm shopee da tak baloi skrg, payah dpt FS, sometimes kat luar lg murah.....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040810 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top