Zara Zya sebenarnya bercinta atau tidak dengan Shuib? Tidak jemu menjawab soalan itu, aktres berkenaan bagaimanapun masih enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelawak terbabit susulan sering muncul dalam video bersama Shuib.
Dia sebaliknya meminta orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya. “Saya memang tidak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut. “Namun, saya faham ramai yang nak tahu tentang saya. Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya kepada Kosmo! Online. Malah, perkongsiannya berhubung perancangannya membuka cawangan terbaharu kedai minuman berasaskan madu, Bumble Bee tidak lama lagi seolah-olah meleraikan tanda tanya ramai. “Jadi, apa yang boleh cakapkan ialah doa yang baik-baik untuk saya. “Satu perkara yang pasti ialah saya akan buka sebuah cawangan kedai minuman Bumble Bee tidak lama lagi,” katanya.
Shuib dan Zara sebelum ini pernah beberapa kali menegaskan hubungan mereka sebatas sahabat seindustri dan dunia perniagaan, bukannya bercinta seperti dicanang umum. Kental betul mereka tidak jemu menjawab soalan sama berulang kali. Apapun, semoga kedua-duanya bertemu jodoh yang direstui semua pihak. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|