CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Wanita DAP Tak Senonoh' - Tajuddin Bengang Digelar Seksis

20-7-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1716| Komen: 13

Gara-gara isu seksis dibangkitkan, sidang Dewan Rakyat sesi pagi bertukar panas apabila berlaku pertikaman lidah antara Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang.


Kekecohan itu bermula apabila Tajuddin bangkit mencelah ketika Datuk Seri Azalina Othman Said (BN- Pengerang) membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 membuat kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai seksis.

"Kamu (ahli Parlimen pembangkang) cuba untuk memperlihatkan kami (ahli Parlimen kerajaan) mempunyai imej yang buruk. Macam kita tidak ada maruah diri,” katanya.


FMT


Tajuddin merujuk kenyataan Teo Nie Ching (PH-Pulai) yang mengaitkan dirinya bersama-sama Ahli Parlimen Baling (Datuk Seri Azeez Abdul Rahim) dan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Seri Bung Moktar Radin) sebagai seksis dan sering membuat kenyataan gangguan seksual terhadap ahli Parlimen wanita.

Tidak mahu membiarkan pertikaman lidah itu berlanjutan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Tajuddin bertenang dan mengembalikan pentas dewan kepada Azalina.

Bagaimanapun, RSN Rayer (PH-Jelutong) bingkas bangun mempertikaikan tindakan Rashid yang masih bertoleransi dengan Tajuddin berbanding tindakan menghalau Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) pada Isnin lalu.

"Timbakan Speaker kemarin (Ahli Parlimen) Kota Belud dihalau, perangai macam ini (Tajuddin) mengapa tidak halau keluar?" desak Rayer.

"Kenapa kamu cabar Speaker? Kenapa provok Speaker?" teriak Tajuddin.

Mempertahankan pendirian beliau, Tajuddin berkata, tuduhan kepada dirinya dan dua lagi Ahli Parlimen seksis adalah tidak benar.

"Mereka tidak kenal siapa kami, bagaimana kita menjaga maruah wanita terutamanya Wanita UMNO.

"Kamu boleh tanya mereka, yang masalah ini adalah wanita DAP. Perangai tidak senonoh mulut cabul," katanya lagi.

'Drama' pertikaman lidah selama 30 minit ini bagaimanapun dileraikan oleh Rashid.



"Saya arahkan Pasir Salak (Tajuddin) agar tidak mengulangi dan saya minta Kota Samarahan untuk teruskan perbahasan beliau," katanya setelah didesak oleh Ahli Parlimen pembangkang terutamanya Rayer.

Sesi bahas RUU Anti Gangguan Seksual 2021 bersambung dengan sesi perbahasan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takayama 20-7-2022 06:45 PM
ini ke yg pasir salak sebut pu*i**k tu
Quote musangbodoh 20-7-2022 08:43 PM
nilah org2 terpilih jd wakil rakyat...spesis monyet2 rare
Quote dua_chzy 20-7-2022 08:45 PM
Ni la orang2 tua negara kau.

Perangai sama macam orang tua kaki gaduh kaki PA dalam forum ini.
Quote alesandra 20-7-2022 08:57 PM
takayama replied at 20-7-2022 06:45 PM
ini ke yg pasir salak sebut pu*i**k tu

Video dia sebut tu takde pulak .mic tak on kot.tapi tgk dia bertekak dgn mp  lain terdetik gak aku..ya tuhan jgn la kau izinkan dia jadi duta kat indo tu dan bukak la hati pengundi pasir salak pada kebenaran
Quote Artemesiaa 20-7-2022 09:00 PM
Dah tua2 pun suka gaduh macam budak tadika
Quote Radzor 20-7-2022 09:32 PM
Benda2 ni syok la berdebat ..tayah guna otak sangat
Quote Firenzza 20-7-2022 09:50 PM
Aku lg  suka tgok parlimen britain, ruang parlimen punya kecik nk mamps brp byk kos dijimakkan berbanding patlimen msia repair billion2 bila ada sidang seko2 ponteng, kt house of commons uk dah la duduk berhimpit2  tp setiap mp bincang isu rkyt sepenuh hati......agaknya menyesal lord reid perkenal sistem british endup jd zoo kt msia
Quote ellZack 20-7-2022 09:54 PM
alesandra replied at 20-7-2022 08:57 PM
Video dia sebut tu takde pulak .mic tak on kot.tapi tgk dia bertekak dgn mp  lain terdetik gak aku ...

Dah kena tarik balik kan appointment duta tu? Ke hold ntah. Macam ada terbaca 2, 3 hari lepas.
Quote liton 20-7-2022 10:37 PM

[youtube]1StLBc5cqmk[/youtube]
Quote Adrif 20-7-2022 10:56 PM
dia ni dah berapa kali buat kes daaa

btw, off topik sat

beberapa minggu lepas, tengok pemberita temuramah dia kat pasir salak,
mak datuk.. cakap melalut, tak professional langsung. ibarat dia sendiri tak tau kerja dia buat kat situ.
Quote Orix 20-7-2022 10:58 PM
Dia ni sebut shut up pun mcm org x sekolah. Share-dap dia sebut haiyooo. Pstu mencarut p*kim*k bagai.. speaker mmg bodo
Quote batu kikir 20-7-2022 11:13 PM
Ini ke kualiti penghujahan di Parlimen Malaysia?  Stooooopid. Go to hell politaiks
Quote alesandra 20-7-2022 11:13 PM
ellZack replied at 20-7-2022 09:54 PM
Dah kena tarik balik kan appointment duta tu? Ke hold ntah. Macam ada terbaca 2, 3 hari lepas.

Katanya ditangguhkan.sbb benda2 mcm ni laa..mana nak dtg parlimen ..mana nak jadi duta.bebal sgt lantik ahli parlimen jadi duta .walau jakarta tu 2jam perjalanan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063680 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top