Kontrak dimeterai anak legenda bola sepak dunia, David Beckham, Brooklyn Beckham dibatalkan walaupun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen terkenal.
Jenama fesyen tersebut, Superdry, dilaporkan menghentikan kerjasama dengan Brooklyn selepas mendapat banyak respons kurang baik dari dalam kalangan pengguna media sosial dan penggemar barangan keluaran mereka. Brooklyn, 23, sebelum ini diketahui menandatangi kontrak bernilai RM4.5 juta (£1 million) bersama Superdry pada November tahun lalu sebagai wajah baharu mereka. Selepas menjadi ‘wajah Superdry’, Brooklyn pun menjalankan tanggungjawab dengan mempromosikan produk terkini jenama tersebut menerusi platform media sosial, termasuk Instagramnya yang memiliki 14 juta pengikut.
Malangnya, kemas kini dan promosi kolaborasi bersama Superdry itu menuai kritikan, lapor DailyMail.UK. Selain ada yang mendakwa ia menimbulkan konflik kerana Brooklyn juga memiliki kerjasama dengan jenama lain, banyak yang mengatakan pemilihan anak Victoria Beckham itu bertentangan dengan ‘gaya hidup’ Superdry. Pengguna media sosial mendakwa, produk terkini Superdry bersifat ‘mesra’ gaya hidup sihat seperti memakan sayur sayuran atau vegan. Ia bertentangan dengan pekerjaan Brooklyn sebagai seorang chef selebriti dan memakan daging!
|
AcikBuncit replied at 21-7-2022 02:57 PM
Kenapa la org suka buat tatoo kat bdan ni. Tak nampak lawa pn. Kdg penuhhh satu bdn tu. Semak mata t ...
aammyy replied at 25-7-2022 12:24 PM
Bapak dia pun tatu penuh badan kan.
ADVERTISEMENT