Parti Warisan (Warisan) melihat tidak wajar untuk kerajaan menaikkan gaji Ketua Menteri, menteri, pembantu menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri pada masa ini.
Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, ketika rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan yang meningkat, kerajaan seharusnya mendahulukan kebajikan rakyat dan bukannya mendahulukan kebajikan menteri. Beliau berkata, Ketua Menteri dan menteri bukan hanya mempunyai peruntukan sebagai ADUN tetapi juga peruntukan daripada kementerian masing-masing.
Katanya, beliau hairan dengan tindakan kerajaan mahu segera menaikkan gaji Ketua Menteri, menteri, ADUN dan anggota pentadbiran negeri. Fokus seharusnya diberi bagi membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, Warisan menolak usul menaikkan gaji menteri, pembantu menteri dan ADUN kerana kenaikan ini tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini. Pemimpin yang prihatin sewajarnya berkongsi kesukaran rakyat dan bukannya mendahulukan diri mereka melebihi kepentingan rakyat. Mohd Azis berkata, kenaikan gaji bukanlah satu-satunya cara untuk membantu ADUN menghulurkan bantuan kepada rakyat yang berdepan kesulitan kerana kos sara hidup yang meningkat. Beliau turut mempersoalkan rasional menaikkan gaji Speaker sebanyak RM5,000 memandangkan Speaker tidak memikul bebanan tugas yang berat seperti ADUN yang perlu turun ke kawasan dan berkhidmat kepada rakyat. Jelas beliau, peranan Speaker hanya mempengerusikan persidangan DUN yang hanya diadakan beberapa kali dalam setahun namun, kenaikan gaji Speaker lebih tinggi berbanding kenaikan gaji ADUN yang meningkat sebanyak RM3,000. Semalam DUN Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981 bagi menaikkan emolumen atau gaji Ketua Menteri, pembantu menteri, ADUN dan anggota pentadbiran kerajaan negeri. Sumber: UTUSAN |
green~tea replied at 21-7-2022 09:13 AM
cepat lah PRU.. sakit ati aku tengok badut2 ni sume
wirazam replied at 21-7-2022 09:19 AM
Org yg sama juga akan naik...dah menyampah
Sebaiknya kembali kpd pemerintahan kesultanan shj mcm B ...
green~tea replied at 21-7-2022 09:25 AM
kasi balik kat BN je.. biar dpt strong majority..
kasi monarki lagi hauk... tengok laa balak dll ...
ADVERTISEMENT