CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Dakwa Lihat Zalina Azman Akan Dipanggil Rakam Keterangan

20-7-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2119| Komen: 5

Description: Pengguna Twitter mendakwa ternampak wanita seperti personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu akan dipanggil polis ...
Pengguna Twitter mendakwa ternampak wanita seperti personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu akan dipanggil polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesaahkan perkara itu berkata, individu tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Setakat ini, semua petunjuk adalah negatif, ia termasuk kononnya ada individu ternampak Zalina Azman, namun semakan lanjut mendapati dia hanya gelandangan.

"Walau bagaimanapun, kita akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi persekitaran individu yang mendakwa ternampak Zalina Azman," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Gambar kecil: Mohd Iqbal


Sejak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyiarkan gambar Zalina Azman dan maklumat berkaitan dirinya, muncul hantaran beberapa pengguna dalam media sosial yang mendakwa ternampak wanita mirip bekas pengacara program Money Matters itu di lokasi sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9 dan Seksyen 24 di sini.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada pihak yang membuat dakwaan sedemikian.

Antara dakwaan tular dalam media sosial adalah seorang wanita mirip Zalina Azman pernah dilihat mengunjungi sebuah restoran dengan seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan, baru-baru ini.

Satu lagi dakwaan tular adalah kelibat wanita seperti Zalina Azman pernah dilihat di sekitar kawasan sebuah restoran makanan segera dengan membawa beg makanan dan beg pakaian, selain memakai kasut sukan dan hanya berjalan kaki, serta berkeadaan sangat kurus.

Pada Isnin, media melaporkan polis kini giat mencari Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November, tahun lalu.

Ia susulan polis menerima laporan anak lelaki Zalina Azman, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina Azman dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Justeru, Mohd Iqbal berkata, pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum ini menyiarkan gambar Zalina Azman dan maklumat berkaitan iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Zalina Azman agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 20-7-2022 03:32 PM
belum menerima laporan? bukan ke lepas tengok berita pasal ZA ni si mosyuki owner restoran yg tweet terus pegi balai buat report? dia dah delete pun tweet pasal ZA ni sebab dia kata byk reporters tabloid ambik tweet & gunakan gambar dia merata tak inform
Quote KamikuP 20-7-2022 04:08 PM
Meolls rasa bole merge satu benang utk acil Zalina ni.
Esok2 keluar stamt dari artis/selebriti/pembaca berita pasal acik Zalina ni dah bukak benang baru..
Ayway moga berjumpa ngan acik Zalina ni. AAmin
Quote Kakalongmu 21-7-2022 09:01 AM
Dementia ker? Kat benang sebelah ada laporan polis menyatakan anak she terjumpa purse berisi duit 600, lesen, kkad bank, kad kredit dan KP. Means she tak bawak apa pun.
Quote tidingmansion 19-10-2022 06:30 PM
dah delete pun tweet pasal ZA ni sebab dia kata byk reporters tabloid ambik tweet & gunakan gambar dia merata tak inform fireboy and watergirl
Quote felinecat 19-10-2022 08:24 PM
Xkan kene culik dgn ejen mossad jugak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044064 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top