QUEENSLAND: Seorang pempengaruh atau influencer dirakam sanggup menanggalkan pakaiannya di luar sebuah kediaman mewah di Gold Coast, Australia.
Holly Cheesman didapati menggunakan kediaman bernilai AS$4 juta (RM17.82 juta) di Palm Beach itu sebagai latar belakang untuk bergambar dalam bikininya. Lapor Daily Mail, pemilik rumah, Nick McDonald mendapati Cheesman menggunakan laman hadapan luar rumahnya dengan bergambar demikian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dalam video berdurasi 10 saat, pempengaruh itu dilihat menyerahkan telefon bimbitnya kepada seorang individu sebelum menanggalkan seluar jeans untuk mengambil gambar bikininya.
“McDonald mengakui dia sedar bahagian luar hadapan kediamannya menarik perhatian ramai. “Malah, pemilik rumah itu tidak berasa gelisah apabila orang ramai melalui dan menggunakan laman luar kediaman mewahnya untuk bergambar bagi Instagram mereka,” jelas laporan itu. Cheesman yang mempunyai hampir 13,000 pengikut di Instagram, memuat naik gambar berbikini di luar kediaman mewah itu sebagai gambar profilnya. Individu yang menghampiri terlalu dekat dengan kediaman mewah itu akan dirakam menerusi CCTV, dengan notifikasi dihantar ke telefon McDonald untuk memaklumkan sebarang aktiviti di luar rumah. Katanya, bahagian ruang tamu kediaman itu terletak di belakang dari kolam renang sekaligus menawarkan privasi sepenuhnya kepada penghuni rumah. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT