CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luka Leher Dan Sirip, 30 Penyu Hijau Mati Ditikam Nelayan

20-7-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1494| Komen: 11

TOKYO: Lebih 30 penyu hijau ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah pantai di Jepun.

Memetik laporan Daily Mail, penduduk tempatan di pulau Kumejima menemukan sejumlah spesies penyu laut paling diancam kepupusan itu, dengan luka di bahagian leher dan sirip pada minggu lalu.


Penyu itu dipercayai ditikam oleh nelayan yang memotong haiwan tersebut dengan kejam selepas terperangkap dalam pukat.

Foto: Daily Mail

Menurut laman berita Mainchi, sekurang-kurangnya seorang pengusaha perikanan mengaku membunuh haiwan itu yang terperangkap dalam pukat mereka.

“Saya meleraikan beberapa penyu terperangkap dalam pukat dan melepaskannya ke laut.


“Namun, saya tidak dapat membebaskan penyu yang berat, jadi saya terpaksa menikam mereka untuk mengeluarkannya,” kata pengusaha itu.

Polis sudah melancarkan siasatan berhubung kekejaman terhadap haiwan.

Pasukan penyiasat dikerahkan ke lokasi kejadian namun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan telah diambil.

Penyu hijau dianggap sebagai spesies terancam oleh pihak berkuasa Jepun dan ahli pemuliharaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 20-7-2022 12:34 PM
jepun pun ada sisi gelap
Quote tripleid 20-7-2022 12:46 PM
Apa punya jenis manusia la takde hati perut aniaya haiwan

semoga jepun  dilanda tsunami 10skala richter
Quote dua_chzy 20-7-2022 12:55 PM
Terserlah kejepunan kau pakcik.
Quote Bedah.Cun 20-7-2022 03:32 PM
Jepon bangsat!! Bagerooo!!!!!
Quote gideoncross 20-7-2022 03:48 PM
s@s@ replied at 20-7-2022 12:34 PM
jepun pun ada sisi gelap

Start2 Shinzo Abe kna tmbak, tu yg rsa dh x slamat.
Quote Kurex 20-7-2022 03:53 PM
Masih jua ada jepun yg sangkak
Quote white_musk 20-7-2022 04:11 PM
Siapa kata jepun tu segalanya bagus.... disiplin konon
Quote aHoi83 20-7-2022 04:35 PM
Jepun B40
Quote intan244 20-7-2022 08:09 PM
x faham knp lepas tikam baru boleh keluarkan penyu. belah bagi kecik ka. btw nelayan jepon idakla b40, kaya hoke. ikan depa besaq2x, sekoq tuna besar boleh beli 3 bijik bezza
Quote margo20 20-7-2022 08:55 PM
La dekat jepun jgk kan ade pesta bunuh jerung ke dolphin beramai ramai
Quote Artemesiaa 20-7-2022 08:58 PM
margo20 replied at 20-7-2022 08:55 PM
La dekat jepun jgk kan ade pesta bunuh jerung ke dolphin beramai ramai

Kannn ... paus giant tuna semua geng nelayan mereka agak ganas

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068439 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top