|
Gara-gara melahirkan kembar kelima, seorang wanita ditinggalkan suaminya. Nalongo Gloria, dari Uganda, melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh, yang mana menurut suaminya, Ssalongo, sebagai 'tidak normal', lapor Daily Star.
Bukan sahaja tidak mempersiap kediaman bagi menyambut kelahiran anak kembar baharu di samping menempatkan anak-anaknya yang ramai, malah si suami mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya. "Apabila saya hamil anak kembar, lelaki itu berkata ini terlalu berat untuknya.
"Saya tidak menyesal melahirkan semua anak ini. Saya tahu bapa mereka tidak menyukai mereka dan saya tidak boleh meninggalkan anak-anak bersama bapa mereka. "Walaupun berdepan cabaran, saya tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak saya. Saya tahu Tuhan akan memberi rezeki. "Saya menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Saya telah menderita tetapi Tuhan lebih mengetahui," kata Nalongo kepada media tempatan, NTV Mwasuze Mutya. Ibu kepada sepuluh cahaya mata itu berkata, beberapa anak-anaknya yang sudah besar sudah keluar rumah dan dia tidak mengetahui keberadaan mereka. Wanita ini bagaimanapun kini terdesak mencari kediaman baharu untuk anak-anaknya selepas tidak lagi mampu membayar tunggakan sewa. Sumber: mStar |
bakingsoda replied at 20-7-2022 05:17 AM
sperma kau salahkan bini lak, tah2 dah ada betina lain alasan je bini tak normal bagai. masa kembar ...
Betul apaaaa...


dani-rox replied at 20-7-2022 03:05 PM
bini bertahun tak preggy2, salah. selalu beranak kembar pun salah. bangkai punya jantan.
oh ya, ai ...

edayildiz replied at 20-7-2022 06:41 PM
kat malaysia bila nk buat gitu

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.204149 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.